Sunday, May 17, 2015

Vietnam In Memory...

Percutian 3 Hari 2 Malam di Vietnam...

Tiket flight kami 
Idea pergi Vietnam ni datangnya daripada My Daddy semasa beliau membuat satu urusniaga dengan pembekal di sana..Seronok katanya kat sana.Harga barang-barang juga murah..So bila Airasia buat promosi, teruslah aku offer kat family bagi sesiapa nak join trip kali ni..Masa harga promosi tu kami dapat harga untuk return RM207 seorang..Ok la..Jika naik MAS paling murah harga sekitar RM400 lebih jugak seorang..

 Tempahan hotel
Pas dah beli tiket, barulah aku google cari hotel yang dekat dan sesuai dengan bajet kami..Aku pilih Saigon Pink 2..Lokasinya memang terbaikkk...jalan sikit aje dah sampai ke Pasar Ben Than. Pasar malam yang terkenal tu pun tiga empat langkah aje dari hotel.Depan hotel ada 3 kedai makan halal. Pasar Ben Than tu syurga untuk penggemar kain cotton..Macam-macam cotton yang ada.Corak yang sangat cantik dan harga for sure separuh dari harga yang dijual di Malaysia..
Kedai telekung Basiroh yang femes tu pun di bangunan yang sama..Telekung solat kat sini memang murah. Patern yang cantik dan banyak sulam-sulam yang kemas boleh didapati dalam harga sekitar RM60 sahaja..Kalau kat Malaysia, memang seratus lebihlah.. 
Depan Hotel
Aisyah dah dapat beg dah satu...
Baju siap ni pun sangat laaa murah..

Mereka sangat sporting...
Suasana malam yang happening
Soping ape tah time ni..
Kopi Vietnam yang sangat sedap...
adik dan adik ipar...
Depan hotel aje ada kedai makan halal...
Ni tengok mereka buat lukisan dengan guna kulit telur...
Depan Pusat Kraf mereka
jeti ke pulau......
Naik bot...
Muka Abdullah yang teruja...
Kat cni lagi murah dari Pasar Ben Than
Buah-buahan tradisional...
Dihidangkan madu Vietnam
Sekitar Pasar Ben Than
Tengah beli tshirt untuk bagi kat adik beradik...

Sebenarnya banyak yang aku dah lupa untuk trip kali ni sebab dah setahun lebih baru nak upload.. Kami ke sana tanpa guna travel agen.Alhamdulillah trip kami berjalan lancar..Tak susah pun kat sana. Driver teksi boleh faham simple English..Malah peniaga di Pasar Ben Than tu ramai yang boleh bercakap melayu. Urus niaga dalam Ringgit Malaysia pun diterima..So kami pergi tempoh hari tukar cikit sahaja duit..Untuk bayar teksi dari airport sahaja tak silap..Yang lain, semua kami guna RM..

Berbudi Pada Tanah....

Kalau Berbudi Pada Tanah Lambat Laun Akan Nampak Hasilnya......

Bermula dengan tanam pokok mangga dan nangka madu, minat menanam tetiba datang..seronok juga sekurang-kurangnya ada aktiviti sampingan di hujung minggu. Sementara rumah belum didirikan, eloklah kami tanam dahulu..

Tuan punya tanah sebelah offer ambil apa-apa aje yang die tanam untuk kami tanam juga..Yang paling aku berkenan, pokok bunga kantan, serai dan pandan..Asalnya memang nak cari pokok-pokok tu.Dah ada orang offer, rezekila kan....
Pokok bunga kantan...
Selain tu, kami singgah juga nurseri pokok tanaman untuk cari-cari yang lain..Aku beli pokok kunyit (RM5 untuk 2 pohon..tu pun sebab pokok tu xbrapa comel.Kalu tak,harganya RM10 sepohon) dan daun limau purut (RM10)..En Suami pula beli pokok cempedak(RM12) dan durian belanda (RM8)..


Ratakan dulu kawasan semak...
En Suami yang gigih menanam...
nampak ke pokok tu..hihi..masih perlu clearkan kawasan tu...
Mood tak sabar menunggu hujung minggu lagi..hehehe..memang syokla dengan aktiviti baru ni. Tapi semalam kesian Abdullah..Habis lengan dan muka die merah-merah digigit nyamuk.Banyak pula nyamuk petang semalam.....


Saturday, May 16, 2015

Guangzhou-Shenzen-Hong Kong (8 Dis-15 Dis 2014) Part 6

13 Dis 2014

Hari ni kami check out Sunon Hotel untuk kembali ke Guangzhou..Tinggal 3 hari lagi kami berada di sini..banyak lagi tempat yang dirancang namun tak sempat pergi..
sempat breakfirst dulu..ambil menu vegetarian ajelah kami ;)
Dari Shenzen, kami menaiki tren di Shenzen Railway Station untu ke Guangzhou Railway Station. Tren lebih kurang macam yang kami naiki dari Guangzhou ke Hong Kong..Harga tiket sekitar RM50 seorang..

Guangzhou Railway Station ni sangat besar tau..keluar aje akan nampak ruang legar yang lapang dan manusia lak masyallah sangat ramai..tercari-cari jugak kami stesen subway Guangzhou Railway  Station untuk ke hotel seterusnya yang berada berdekatan stesen subway Haizhu Square.. 
Umi dan ayah yang sporting ;)

Bergambar dulu jap..hehe

...lagii...
Sampai di stesen subway Haizhu Square, kami ambil exit B3. Hotel Guangzhou betul-betul berada di pintu keluar exit B3..senang sangat dan location yang perfect..Hotel ni pun kami booking melalui agoda.com..sekitar RM180 semalam.. hotel ni old fesyen ckit lah..tp ok aje..bukan nk bertapa dalam bilik pun..cuma balik untuk rehat dan tidur sahaja..
 

Lepas check in, kami makan dulu..restoran makanan halal cuma belakang hotel aje..dari pintu hotel, keluar ke kiri, ikut susur tepi hotel belakang tu akan nampak restoran makanan halal tu. Memang terbaik lah lokasi Guangzhou Hotel ni..nak ke Beijing Lu pun cuma jalan kaki sahaja..
ada taman jugak belakang hotel tu.depan restoran halal
menu mil pilih...lupa nama apa
haa..tu menu-menu yang ada...
Selesai makan, kami pusing-pusing sekitar subway Guangzhou Railway Station..Cara untuk sampai ke sana dengan train ialah.....

Berhenti di Stesen Guangzhou Railway Station utk ke Bai Ma Garment, Liuhua Clothing.
 
Bai Ma Garment Wholesale Market (close to Guangzhou Railway Station)
Address:
Huan Shi Xi Road #194, Guangzhou
环市西路194号
Metro:Take line 2 or line 5 to Guangzhou railway station, then go to exit G.

Liuhua Clothing Wholesale Market (close to Guangzhou Railway Station) 
located opposite Guangzhou railway station, next to the bus terminal.
Address:
Huan Shi Xi Road #194, Guangzhou
环市西路194号

Disebabkan masa kami pergi tu musim sejuk, jadi yang berlonggok jual di pasaraya dan gedung-gedung baju pun hanyalah baju sejuk..jarang-jarang aje dapat lihat baju biasa...jimatlah duit kami di situ..huhu..

Dari tempat pakaian tu, kami jalan kaki sahaja ke pusat jam..pusing je Baima dan Lihua tu akan nampak jejantas tinggi yang cross jalan besar..seberang jalan sana akan jumpa pusat jam pula..jalan lagi ke depan akan jumpa kedai-kedai kasut pula..memamng heaven lah..
Seluas-luas Guangzhou tu boleh terjumpa dengan sahabat baik tanpa dirancang..hehehe jodoh katakan :)
Balik dah malam..memang penat giler lah..seharian keje berjalan aje..Tak lupa untuk story kisah satay kambing yang panas-panas sedap betul makan time sejuk dengan roti panas2..buat ala-ala kebab gitu..tapi tak ter'snap' pula gambar satay dan penjualnya..huhu rugi betul...Selain tu yang senang jumpa juga ialah jus delima dan air tebu..orang cina muslim jugak yang jual..ramai sebenarnya penjual cina muslim ni..tak susah pun jumpa...memang sedaplah..teringat-ingat pula sambil duk mengarang nih..hihihi...



Friday, May 15, 2015

Rumah Impianku......


Insyaallah dengan keluasan tanah yang mampu kami miliki ini, kami memang berhajat untuk membuat rumah..Plannya kami nak buat sendiri memandangkan En.Suami ada sedikit pengetahuan dalam bidang ini.tambahan pula my daddy agak arif dalam membina rumah yang mana beliau sendiri adalah kontraktor kecil-kecilan untuk buat rumah...

Di samping itu, kami perlu buat 'reading ' juga memandangkan kami akan menggunakan loan kerajaan untuk membina rumah..Banyak step yang perlu di fahami betul-betul agar proses tidak tersangkut...(terkenangkan proses beli tanah dulu pun mak aihhh bercinta nak selesai...)..Sebenarnya banyak dah blog dibuat menceritakan tentang proses bina rumah guna loan kerajaan ni..yang paling aku suka baca dan buat rujukan ialah blog bangloimpianku.blogspot.com dan blog pak teh loankerajaan.blogspot.com.. Maybe ada lagi blog lain tapi kedua-dua blog ni aku sangat suka kerana info yang tersusun dan sangat membantu...

Ok, aku cuba buat rumusan daripada pembacaan step-step untuk bina rumah guna government loan nih...

1. Sediakan Pelan Lakaran Rumah

ok, yang ni insyaallah En.Suami akan lakarkan sendiri..dah ada pun dalam fikiran dia tu..cuma zahirkan aje belum..ahahaha..


2. Memohon Kelulusan Kebenaran Merancang Daripada Majlis Perbandaran

Untuk hantar pelan rumah ke Majlis, mestilah terlebih dahulu di cop dan ditandatangan oleh pelukis pelan bertauliah ataupun arkitek.  Menurut info yang diberi, bahan binaan secara kasar aje ditulis dlm pelan seperti kemasan lantai, bata dinding, jenis frame tingkap, bumbung...tak perlu buat secara detail katanya..wallahualam...

Proses memohon kelulusan pelan pada masa kini semua adalah melalui online yang dinamakan One Stop Center (OSC) ePBT. Melalui cerita pengalaman kawan2 sebelum ini, proses untuk kelulusan pelan rumah selalunya lambat memakan masa antara 3 hingga 6 bulan untuk diproses. Tetapi sejak ePBT melalui OSC online diperkenalkan, proses untuk kelulusan pelan bangunan adalah dalam tempoh 37 hari sahaja mengikut piagam sekiranya tiada apa-apa kuiri.

Selepas saya berurusan untuk permohonan kelulusan pelan bangunan ini, barulah saya tahu proses kelulusan adalah melibatkan 4 Jabatan/Agensi Teknikal iaitu 3 Agensi Teknikal Dalaman MPK iaitu Jabatan Bangunan, Jabatan Perancangan dan Jabatan Kejuruteraan manakala 1 Agensi Teknikal Luaran iaitu Indah Water Konsortium. Sebenarnya, kita boleh menyemak status permohonan melalui online di portal http://www.epbt.gov.my/osc/ yang mana kita akan dimaklumkan secara detail status proses di 4 Jabatan/Agensi tersebut.

 (copy paste dari blog bangloimpianku)

3. Buat Sales & Purchase Agreement (SPA)

Bila permohonan kebenaran merancang daripada Majlis Perbandaran dah lepas, bolehla mula cari dan lantik peguam untuk buat Sales & Purchase Agreement (SPA)..So bab ni kene hati-hati..Jika tersalah pilih  peguam yang tak familiar berurusan dengan BPP, maka akan menyusahkan kita kelak...

Haihh, mana nak cari lawyer ni agaknye yer yang memang expert bab urusan dengan BPP... 

Penyediaan SPA oleh kerani peguam sangat cepat disiapkan dalam masa 1 hari je (mungkin copy and paste je untuk tukar nama pembeli, kontraktor, hakmilik tanah dan harga rumah) dan proses seterusnya adalah tandatangan pembeli dan kontraktor pada SPA tersebut, buat stamping dan siap!!! Kos yang perlu disediakan apabila menggunakan khidmat Peguam tersebut adalah :

  • Buka Fail - RM200.00
  • Stamping - RM300.00 - asal
  • Stamping - RM40.00 - 2 salinan
  • Yuran Peguam - 1% daripada Jumlah Pinjaman yang diluluskan.
 (copy paste dari blog bangloimpianku)

Yang kat atas tu adalah info pada Mac 2013..Sekarang dah 2015..Sure dah lain cost nya..tambah GST lagi...grrrrrrr....

4. Permohonan Pinjaman Bina Rumah BPP


Dah selesai SPA, barulah boleh apply loan..pengalaman buat 1st loan iaitu untuk beli tanah tempoh hari insyaallah akan membantu nanti.. 

Dah selesai isi online, kita hendaklah mencetak permohonan tersebut dan perlu menyediakan dokumen sokongan seperti salinan slip gaji 3 bulan terkini, salinan hakmilik tanah, salinan kad pengenalan, salinan surat pengesahan jawatan dan surat iringan majikan serta borang permohonan laporan penilaian hartanah dan borang Akuan Pemilihan Insurans/Takaful. Lain-lain dokumen yang diperlukan telah disediakan oleh Peguam seperti salinan SPA, salinan lesen kontraktor dan salinan pelan bangunan.Semua salinan dokumen ini perlu disahkan dan disediakan sebanyak 4 salinan...

Jika dulu masa memohon pinjaman untuk pembelian tanah, perlu ada wang proses RM100..sekarang tak silap, yuran proses tu dah dimansuhkan...Wallahuallam..

5. Semak Permohonan 

Mungkin permohonan dapat diketahui dalam masa tiga minggu dari tarikh kita mohon. Itupun jika semua dokumen kita hantar tu lengkap..Jika tak lengkap BPP akan pulang balik..So make sure dokumen yang disenaraikan complete walaupun cuma cop rasmi syarikat lawyer (pengalaman lepas.takde cop rasmi lawyer-cop bulat tu- pun kene rijek)


        ...................ok nanti sambung langkah seterusnya..study dulu............................. 

Aktiviti Hujung Minggu




Bermula proses clear tanah....




Dapat tanah semak samun camni, so dengan gigihnya hampir setiap hujung minggu kami akan pergi untuk clearkan kawasan...mula-mula pergi, anak-anak bising.nak jalan pun tak mahu..huhu..anak bandar katakan..maaf ye anak-anak, umi dan papa korang anak kampung.jadi korang kene belajar jadi anak kampung juga...hihi...

gigih menebas..ahahaha
baru nak pandai masuk semak....
hahahha comottt sebab dah expert main tanah dan semak...
ok tanah dah lapang..mula tanam pula kat tepi-tepi....
besar umah jiran belakang tuuu...
seisi lawatan oleh my mum..ahaha

Insyallah, tanah ini akan kami dirikan sebuah rumah untuk keselesaan kami sekeluarga..bukannya rumah kami sekarang tak selesa, tapi rumah di kayangan ni lebih terhad..anak-anak perlu ruang untuk bermain dan menerokai alam..hahaha kononnya laaa...

Ada rezeki pasni kami share proses nak buat rumah pula:D

Kisah Beli Tanah (Siri 2)

Proses Pinjaman BPP

Proses pinjaman bermula selepas sign S&P..Caranya hanya perlu masuk ke laman web https://sppb.treasury.gov.my  then ke Permohonan Pinjaman...Permohonan yang aku buat tu bertarikh 5.2.2014..S&P aku tandatangan pada 31 Dec 2013..

Permohonan pinjaman yang aku pohon adalah kategori Pinjaman Jenis IV iaitu Membeli Tanah Dengan Tujuan Membina Rumah...

Borang yang telah diisi online mestilah  dicetak, ditandatangan pemohon dan ketua jabatan sebelum dihantar ke BPP..Semasa isi online tu, pemohon dikehendaki memilih insurans apa yang hendak digunakan bagi tujuan pinjaman tersebut..

perkara yang perlu disertakan bersama permohonan pinjaman...

di sinilah bermulanya masalah pembelian tanah kami ni.....

Sebenarnya tanah yang ingin kami beli dari owner(vendor)  tu belum lagi ditukar nama owner ..Masih lagi nama pemaju tanah tersebut. Itulah yang menyebabkan proses pinjaman kami tersangkut di sebabkan BPP perlukan Salinan Hak Milik Individu. iaitu geran yang dah ditukar nama kepada owner (vendor). S&P yang kami dah tandatangan pula ialah dengan owner(vendor)....

Memang kami dah dimaklumkan bahawa tanah tersebut belum ditukar kepada nama owner (vendor), tapi menurut agen yang menguruskan jual beli tersebut, proses tersebut tidak lama dan kami tak perlu risau..huhu..tak tahulah ni kategori kene tipu ke ape...

Tup tap tup tap, dari tarikh kami bayar booking iaitu bulan November 2013, dengan kata agen proses tukar nama antara owner(vendor) dengan pemaju tengah dalam proses, bulan Julai 2014 barulah kami dapat geran yang bertitle owner (vendor).. Jenuh follow up..risau kami punya permohonan pinjaman expired dan sebagainya..

Ok, dah depat geran, lega sangatttt..so dengan segera aku terus hantar geran tersebut ke BPP disebabkan hanya satu dokumen itu sahaja belum cukup..skali bila hantar ke BPP, kene rijek lagi disebabkan pada geran tersebut tidak dinyatakan owner menggadaikan tanah tersebut kepada bank (iaitu owner buat pinjaman Bank Islam untuk beli tanah tu dulu) sedangkan dalam S&P perkara tersebut ada dinyatakan..Masyallahhhh...sangkut lagiiiii...

so contact lawyer untuk selesaikan masalah tu..lawyer maklumkan, lawyer owner claim RM800 plus untuk proses tukar geran iaitu masukkan gadaian Bank Islam tu dalam geran..Kami argue jugak pada asalnya sebab itu bukan kesilapan kami, tapi disebabkan owner(vendor) berkeras tak mahu bayar, akhirnya kami mengalah..bukan apa, mengenangkan proses yang dah lama sangkut.tambahan pula kami fikir dah susah nak dapat tanah yang lain. Pejam mata ajelah bayar...

Akhirnya, awal bulan Ogos kami dapat geran yang telah dibetulkan dan aku terus hantar ke BPP..Dalam dua minggu selepas hantar, terus dapat Kelulusan Pinjaman Perumahan Perbendaharaan pada tarikh 12 Ogos 2014. .pada 14 Ogos 2014, aku terus pergi hantar surat setuju terima pinjaman perumahan perbendaharaan..Alhamdullillah selesai satu bahagian..

Dah lepas bab pinjaman, proses tukar nama geran kepada nama kami, proses cagaran kepada BPP pula dan akhirnya pada awal Febuari 2015, barulah proses selesai.. Subhanallah lamanyaaa..mujur rezeki masih disebelah kami..walaupun tertangguh setahun, harga tetap seperti harga jualan dan kami dikenakan sedikit caj kerana kelewatan proses kepada vendor..pejam mata sahajalah sebab kami sendiri tahu memang kami tak dapat dah harga tersebut untuk nilaian tahun ini..Malah kami dapat  pulangan wang yang kami bayar untuk kos tukar geran vendor yang tiada gadaian kepada Bank Islam tu..Syukur segalanya dah selesai...Geran bertukar nama dan tanah lot itu kini milik kami:)


tu diaaa tanah dah semak disebabkan setahun tergendala..asalnya tanah ni agak lapang...dah tak nampak rupa tanah lot dah..huhu...


Thursday, May 14, 2015

Kisah Beli Tanah (Siri 1)

aL-KiSaHnYA.....

Pada asalnya, kami bercadang untuk membeli rumah..Habis kawasan sekitar kami jelajah bagi mencari rumah bertanah  yang mampu kami miliki. Dengan bajet sekitar 300K, dan keluasan yang kami inginkan, kami hanya dapat rumah mampu milik itu berlokasi sekitar Kajang-Semenyih, Saujana Utama Sungai Buloh, Bandar Putra Perdana Puchong dan Puncak Alam di Shah Alam 2..Asal hujung minggu aje, aku ajak En suami pusing-pusing cari rumah dengan menjadikan mudah.com sebagai sumber rujukan utama..

Setelah berbulan-bulan mencari, akhirnya kami jumpa sebuah rumah teres 2 tingkat di Taman Teknologi Kajang yang menepati citarasa dan kemampuan kami..Namun rezeki kami mungkin bukan di situ, tengah duk berkira-kira, rumah tersebut telah di ambil orang..huhu...

Sebenarnya, dalam tempoh perkiraan itu, my daddy tak berapa berkenan ambil teres 2 tingkat dengan harga sekitar 330K..tak berbaloi..baik cari tanah dan buat rumah...puas hati katanya..since rumah yang kami berkenan tu dah terlepas, so kami memulakan pencarian tanah pula...

Tanah pun mahal sebenarnya area Selangor ni..banyaknya yang kene bayar dulu, then baru pecah lot dan bagi geran..My daddy advice jangan ambil yang macam tu sebab prosedur complicated..sama jugak tanah pertanian..tapi rata-rata yang nak dijual adalah tanah lot yang belum ada geran dan tanah pertanian..Hampir putus asa jugaklah kami sehingga terfikir beli rumah di kampung sahajalah..


Agak lama juga masa yang di ambil untuk berjumpa dengan tanah yang ingin di beli..Tanah lot di Batu 14, Hulu Langat berkeluasan sekitar 4500 kaki persegi dengan harga sekitar 125K..Pada mulanya kami pergi sendiri melihat tanah tersebut dengan diiringi oleh agen..kali kedua, kami pergi lagi tanpa agen.pergi meninjau-ninjau sambil bertanya kepada jiran sebelah..kali ketiga, pergi bawa my daddy pula...hahahha banyak kali tu pergi tengok..nak pastikan tak tersalah beli dan keluasan yang betul serta sesuai untuk buat rumah..

Mungkin dah rezeki kami di situ, maka bermulalah proses booking tanah dengan agen sebelum meneruskan langkah seterusnya...

resit booking...tengok tu tarikh 5 Nov 2013 tuuuuu...

Agen yang berurusan dengan kami kira ok la..da lupa pula namanya..selepas bayar booking, terus proses buat S&P menggunakan khidmat peguam yang yang berurusan terus dengan agen..So kami tak perlu cari lawyer lah maknanya..Tunggu aje S&P siap, sediakan duit 10% dan juga bayaran lawyer..

Sebenarnya, sebelum bayar booking tu, en Suami dah buat carian rasmi dahulu..tujuannya mengesahkan tanah tersebut wujud, betul dengan lot yang ditunjukkan serta memastikan pemilik asalnya adalah benar seperti yang dinyatakan..Ini mengelakkan daripada sebarang penipuan..al maklumlah zaman sekarang macam-macam hal..Carian rasmi ni dilakukan di Pejabat Tanah dengan bayaran sebanyak RM50.00 sahaja..

ni la rupanya  carian rasmi tu...


Ok,selesai bab tu..so nanti continue dengan apa yang berlaku dengan pihak lawyer pula..........