Sunday, May 17, 2015

Vietnam In Memory...

Percutian 3 Hari 2 Malam di Vietnam...

Tiket flight kami 
Idea pergi Vietnam ni datangnya daripada My Daddy semasa beliau membuat satu urusniaga dengan pembekal di sana..Seronok katanya kat sana.Harga barang-barang juga murah..So bila Airasia buat promosi, teruslah aku offer kat family bagi sesiapa nak join trip kali ni..Masa harga promosi tu kami dapat harga untuk return RM207 seorang..Ok la..Jika naik MAS paling murah harga sekitar RM400 lebih jugak seorang..

 Tempahan hotel
Pas dah beli tiket, barulah aku google cari hotel yang dekat dan sesuai dengan bajet kami..Aku pilih Saigon Pink 2..Lokasinya memang terbaikkk...jalan sikit aje dah sampai ke Pasar Ben Than. Pasar malam yang terkenal tu pun tiga empat langkah aje dari hotel.Depan hotel ada 3 kedai makan halal. Pasar Ben Than tu syurga untuk penggemar kain cotton..Macam-macam cotton yang ada.Corak yang sangat cantik dan harga for sure separuh dari harga yang dijual di Malaysia..
Kedai telekung Basiroh yang femes tu pun di bangunan yang sama..Telekung solat kat sini memang murah. Patern yang cantik dan banyak sulam-sulam yang kemas boleh didapati dalam harga sekitar RM60 sahaja..Kalau kat Malaysia, memang seratus lebihlah.. 
Depan Hotel
Aisyah dah dapat beg dah satu...
Baju siap ni pun sangat laaa murah..

Mereka sangat sporting...
Suasana malam yang happening
Soping ape tah time ni..
Kopi Vietnam yang sangat sedap...
adik dan adik ipar...
Depan hotel aje ada kedai makan halal...
Ni tengok mereka buat lukisan dengan guna kulit telur...
Depan Pusat Kraf mereka
jeti ke pulau......
Naik bot...
Muka Abdullah yang teruja...
Kat cni lagi murah dari Pasar Ben Than
Buah-buahan tradisional...
Dihidangkan madu Vietnam
Sekitar Pasar Ben Than
Tengah beli tshirt untuk bagi kat adik beradik...

Sebenarnya banyak yang aku dah lupa untuk trip kali ni sebab dah setahun lebih baru nak upload.. Kami ke sana tanpa guna travel agen.Alhamdulillah trip kami berjalan lancar..Tak susah pun kat sana. Driver teksi boleh faham simple English..Malah peniaga di Pasar Ben Than tu ramai yang boleh bercakap melayu. Urus niaga dalam Ringgit Malaysia pun diterima..So kami pergi tempoh hari tukar cikit sahaja duit..Untuk bayar teksi dari airport sahaja tak silap..Yang lain, semua kami guna RM..

No comments: