Friday, May 15, 2015

Rumah Impianku......


Insyaallah dengan keluasan tanah yang mampu kami miliki ini, kami memang berhajat untuk membuat rumah..Plannya kami nak buat sendiri memandangkan En.Suami ada sedikit pengetahuan dalam bidang ini.tambahan pula my daddy agak arif dalam membina rumah yang mana beliau sendiri adalah kontraktor kecil-kecilan untuk buat rumah...

Di samping itu, kami perlu buat 'reading ' juga memandangkan kami akan menggunakan loan kerajaan untuk membina rumah..Banyak step yang perlu di fahami betul-betul agar proses tidak tersangkut...(terkenangkan proses beli tanah dulu pun mak aihhh bercinta nak selesai...)..Sebenarnya banyak dah blog dibuat menceritakan tentang proses bina rumah guna loan kerajaan ni..yang paling aku suka baca dan buat rujukan ialah blog bangloimpianku.blogspot.com dan blog pak teh loankerajaan.blogspot.com.. Maybe ada lagi blog lain tapi kedua-dua blog ni aku sangat suka kerana info yang tersusun dan sangat membantu...

Ok, aku cuba buat rumusan daripada pembacaan step-step untuk bina rumah guna government loan nih...

1. Sediakan Pelan Lakaran Rumah

ok, yang ni insyaallah En.Suami akan lakarkan sendiri..dah ada pun dalam fikiran dia tu..cuma zahirkan aje belum..ahahaha..


2. Memohon Kelulusan Kebenaran Merancang Daripada Majlis Perbandaran

Untuk hantar pelan rumah ke Majlis, mestilah terlebih dahulu di cop dan ditandatangan oleh pelukis pelan bertauliah ataupun arkitek.  Menurut info yang diberi, bahan binaan secara kasar aje ditulis dlm pelan seperti kemasan lantai, bata dinding, jenis frame tingkap, bumbung...tak perlu buat secara detail katanya..wallahualam...

Proses memohon kelulusan pelan pada masa kini semua adalah melalui online yang dinamakan One Stop Center (OSC) ePBT. Melalui cerita pengalaman kawan2 sebelum ini, proses untuk kelulusan pelan rumah selalunya lambat memakan masa antara 3 hingga 6 bulan untuk diproses. Tetapi sejak ePBT melalui OSC online diperkenalkan, proses untuk kelulusan pelan bangunan adalah dalam tempoh 37 hari sahaja mengikut piagam sekiranya tiada apa-apa kuiri.

Selepas saya berurusan untuk permohonan kelulusan pelan bangunan ini, barulah saya tahu proses kelulusan adalah melibatkan 4 Jabatan/Agensi Teknikal iaitu 3 Agensi Teknikal Dalaman MPK iaitu Jabatan Bangunan, Jabatan Perancangan dan Jabatan Kejuruteraan manakala 1 Agensi Teknikal Luaran iaitu Indah Water Konsortium. Sebenarnya, kita boleh menyemak status permohonan melalui online di portal http://www.epbt.gov.my/osc/ yang mana kita akan dimaklumkan secara detail status proses di 4 Jabatan/Agensi tersebut.

 (copy paste dari blog bangloimpianku)

3. Buat Sales & Purchase Agreement (SPA)

Bila permohonan kebenaran merancang daripada Majlis Perbandaran dah lepas, bolehla mula cari dan lantik peguam untuk buat Sales & Purchase Agreement (SPA)..So bab ni kene hati-hati..Jika tersalah pilih  peguam yang tak familiar berurusan dengan BPP, maka akan menyusahkan kita kelak...

Haihh, mana nak cari lawyer ni agaknye yer yang memang expert bab urusan dengan BPP... 

Penyediaan SPA oleh kerani peguam sangat cepat disiapkan dalam masa 1 hari je (mungkin copy and paste je untuk tukar nama pembeli, kontraktor, hakmilik tanah dan harga rumah) dan proses seterusnya adalah tandatangan pembeli dan kontraktor pada SPA tersebut, buat stamping dan siap!!! Kos yang perlu disediakan apabila menggunakan khidmat Peguam tersebut adalah :

  • Buka Fail - RM200.00
  • Stamping - RM300.00 - asal
  • Stamping - RM40.00 - 2 salinan
  • Yuran Peguam - 1% daripada Jumlah Pinjaman yang diluluskan.
 (copy paste dari blog bangloimpianku)

Yang kat atas tu adalah info pada Mac 2013..Sekarang dah 2015..Sure dah lain cost nya..tambah GST lagi...grrrrrrr....

4. Permohonan Pinjaman Bina Rumah BPP


Dah selesai SPA, barulah boleh apply loan..pengalaman buat 1st loan iaitu untuk beli tanah tempoh hari insyaallah akan membantu nanti.. 

Dah selesai isi online, kita hendaklah mencetak permohonan tersebut dan perlu menyediakan dokumen sokongan seperti salinan slip gaji 3 bulan terkini, salinan hakmilik tanah, salinan kad pengenalan, salinan surat pengesahan jawatan dan surat iringan majikan serta borang permohonan laporan penilaian hartanah dan borang Akuan Pemilihan Insurans/Takaful. Lain-lain dokumen yang diperlukan telah disediakan oleh Peguam seperti salinan SPA, salinan lesen kontraktor dan salinan pelan bangunan.Semua salinan dokumen ini perlu disahkan dan disediakan sebanyak 4 salinan...

Jika dulu masa memohon pinjaman untuk pembelian tanah, perlu ada wang proses RM100..sekarang tak silap, yuran proses tu dah dimansuhkan...Wallahuallam..

5. Semak Permohonan 

Mungkin permohonan dapat diketahui dalam masa tiga minggu dari tarikh kita mohon. Itupun jika semua dokumen kita hantar tu lengkap..Jika tak lengkap BPP akan pulang balik..So make sure dokumen yang disenaraikan complete walaupun cuma cop rasmi syarikat lawyer (pengalaman lepas.takde cop rasmi lawyer-cop bulat tu- pun kene rijek)


        ...................ok nanti sambung langkah seterusnya..study dulu............................. 

1 comment:

Fauzia Hamid said...

Waaah..dah beli tanah ni...Tahniah.
Beli kat mana Yam