16 Disember 2015...
Hari yang di nanti-nanti akhirnya tiba..malam tadi lagi aku dah siap-siap check in..Penerbangan kami dijadualkan 6.00 petang..Sekitar jam 4.00 petang, kami semua dah berada di KLIA untuk collect boarding pass dan drop bagasi..Alhamdulillah segalanya berjalan lancar...
Agak berdebar juga sebenarnya kerana tiket yang kami beli bukan direct dengan Saudi Airlines.
Dalam keghairahan untuk sampai di tanah haram, sayu juga hati kerana terpaksa meninggalkan anak-anak kepada Kak Long. Tidak pernah berpisah dengan mereka lagi sehingga ke hari ini..Mengalir jugalah air mata..
Penerbangan kami terus ke Madinah namun perlu transit di Jeddah. Berdasarkan nombor flight Saudi Airlines, kami tahu yang kami perlu menukar pesawat di Jeddah untuk ke Madinah.Semasa kami drop beg di kaunter, staff Saudi Airlines di kaunter telah memaklumkan kepada kami bahawa kami perlu collect bagasi kami di Terminal Selatan dan perlu check in balik bagasi tersebut untuk penerbangan domestik. Manakala boarding pass flight Jeddah ke Madinah terus diserahkan kepada kami semasa di kaunter KLIA.
Bekalan yang dibawa... |
Menu dalam flight.. |
Menu dalam flight.. |
tengok ini ajelah.. |
Ini untuk jemaah yang akan terus memasuki Mekah, perlu bermiqat di atas flight |
No comments:
Post a Comment