Pada asalnya, kami bercadang untuk membeli rumah..Habis kawasan sekitar kami jelajah bagi mencari rumah bertanah yang mampu kami miliki. Dengan bajet sekitar 300K, dan keluasan yang kami inginkan, kami hanya dapat rumah mampu milik itu berlokasi sekitar Kajang-Semenyih, Saujana Utama Sungai Buloh, Bandar Putra Perdana Puchong dan Puncak Alam di Shah Alam 2..Asal hujung minggu aje, aku ajak En suami pusing-pusing cari rumah dengan menjadikan mudah.com sebagai sumber rujukan utama..
Setelah berbulan-bulan mencari, akhirnya kami jumpa sebuah rumah teres 2 tingkat di Taman Teknologi Kajang yang menepati citarasa dan kemampuan kami..Namun rezeki kami mungkin bukan di situ, tengah duk berkira-kira, rumah tersebut telah di ambil orang..huhu...
Sebenarnya, dalam tempoh perkiraan itu, my daddy tak berapa berkenan ambil teres 2 tingkat dengan harga sekitar 330K..tak berbaloi..baik cari tanah dan buat rumah...puas hati katanya..since rumah yang kami berkenan tu dah terlepas, so kami memulakan pencarian tanah pula...
Tanah pun mahal sebenarnya area Selangor ni..banyaknya yang kene bayar dulu, then baru pecah lot dan bagi geran..My daddy advice jangan ambil yang macam tu sebab prosedur complicated..sama jugak tanah pertanian..tapi rata-rata yang nak dijual adalah tanah lot yang belum ada geran dan tanah pertanian..Hampir putus asa jugaklah kami sehingga terfikir beli rumah di kampung sahajalah..
Agak lama juga masa yang di ambil untuk berjumpa dengan tanah yang ingin di beli..Tanah lot di Batu 14, Hulu Langat berkeluasan sekitar 4500 kaki persegi dengan harga sekitar 125K..Pada mulanya kami pergi sendiri melihat tanah tersebut dengan diiringi oleh agen..kali kedua, kami pergi lagi tanpa agen.pergi meninjau-ninjau sambil bertanya kepada jiran sebelah..kali ketiga, pergi bawa my daddy pula...hahahha banyak kali tu pergi tengok..nak pastikan tak tersalah beli dan keluasan yang betul serta sesuai untuk buat rumah..
Mungkin dah rezeki kami di situ, maka bermulalah proses booking tanah dengan agen sebelum meneruskan langkah seterusnya...
resit booking...tengok tu tarikh 5 Nov 2013 tuuuuu... |
Agen yang berurusan dengan kami kira ok la..da lupa pula namanya..selepas bayar booking, terus proses buat S&P menggunakan khidmat peguam yang yang berurusan terus dengan agen..So kami tak perlu cari lawyer lah maknanya..Tunggu aje S&P siap, sediakan duit 10% dan juga bayaran lawyer..
Sebenarnya, sebelum bayar booking tu, en Suami dah buat carian rasmi dahulu..tujuannya mengesahkan tanah tersebut wujud, betul dengan lot yang ditunjukkan serta memastikan pemilik asalnya adalah benar seperti yang dinyatakan..Ini mengelakkan daripada sebarang penipuan..al maklumlah zaman sekarang macam-macam hal..Carian rasmi ni dilakukan di Pejabat Tanah dengan bayaran sebanyak RM50.00 sahaja..
ni la rupanya carian rasmi tu... |
Ok,selesai bab tu..so nanti continue dengan apa yang berlaku dengan pihak lawyer pula..........
No comments:
Post a Comment