19 Disember 2016
Hari ini kami mencuri sedikit masa untuk menziarahi Bukit Uhud, Masjid Qiblatain dan Masjid Quba. Kami menahan coaster yang lalu di hadapan hotel dengan kadar bayaran 150sr untuk ziarah tempat-tempat tersebut. Sebenarnya mudah sahaja untuk dapatkan prebet sapu di Madinah. Kami agak beruntung kerana ada ayah yang boleh tawar menawar harga dengan pak arab. Jika kami yang Bahasa Arab nya agak kelaut, agak susah juga untuk dapatkan harga yang lebih murah barangkali.
Di Bukut Uhud. |
Kami kembali semula ke hotel ngam-ngam waktu solat Zohor. Alhmdulillah....
Memandangkan kami tidak pergi dengan pakej, jadi kami perlu mencari makanan sendiri selain daripada memasak di bilik hotel. Tempat makan tidak banyak yang dekat dengan Masjid Nabawi. Yang aku jumpa, satu medan selera yang berada betul-betul di belakang Hotel Dar Al-Taqwa tapi agak mahal juga harga nasinya..Jika dari masjid, kita perlu keluar melalui pintu 22 atau 25 untuk sampai ke medan selera tersebut.
Medan Selera |
Kedudukan betul-betul di belakang Hotel Dar Al-Taqwa |
Dataran di hadapan Masjid Bilal yang banyak sangat merpati. |
Selain daripada nasi, banyak juga kedai-kedai yang menjual kebab. Ada kebab ayam, kebab daging dan kebab telur. Hampir setiap hari jugalah kami membeli kebab walaupun bukanlah sedap sangat.hihi... Musim sejuk di Madinah menjadikan kami seolah-olah ketagihan teh susu panas yang sangat terkenal di sana.Nikmat sungguh meneguk air teh tersebut di kala cuaca sejuk mencengkam kulit..
Shai bil halab (Teh dengan susu) |
No comments:
Post a Comment