Proses pinjaman bermula selepas sign S&P..Caranya hanya perlu masuk ke laman web https://sppb.treasury.gov.my then ke Permohonan Pinjaman...Permohonan yang aku buat tu bertarikh 5.2.2014..S&P aku tandatangan pada 31 Dec 2013..
Permohonan pinjaman yang aku pohon adalah kategori Pinjaman Jenis IV iaitu Membeli Tanah Dengan Tujuan Membina Rumah...
Borang yang telah diisi online mestilah dicetak, ditandatangan pemohon dan ketua jabatan sebelum dihantar ke BPP..Semasa isi online tu, pemohon dikehendaki memilih insurans apa yang hendak digunakan bagi tujuan pinjaman tersebut..
perkara yang perlu disertakan bersama permohonan pinjaman... |
di sinilah bermulanya masalah pembelian tanah kami ni.....
Sebenarnya tanah yang ingin kami beli dari owner(vendor) tu belum lagi ditukar nama owner ..Masih lagi nama pemaju tanah tersebut. Itulah yang menyebabkan proses pinjaman kami tersangkut di sebabkan BPP perlukan Salinan Hak Milik Individu. iaitu geran yang dah ditukar nama kepada owner (vendor). S&P yang kami dah tandatangan pula ialah dengan owner(vendor)....
Memang kami dah dimaklumkan bahawa tanah tersebut belum ditukar kepada nama owner (vendor), tapi menurut agen yang menguruskan jual beli tersebut, proses tersebut tidak lama dan kami tak perlu risau..huhu..tak tahulah ni kategori kene tipu ke ape...
Tup tap tup tap, dari tarikh kami bayar booking iaitu bulan November 2013, dengan kata agen proses tukar nama antara owner(vendor) dengan pemaju tengah dalam proses, bulan Julai 2014 barulah kami dapat geran yang bertitle owner (vendor).. Jenuh follow up..risau kami punya permohonan pinjaman expired dan sebagainya..
Ok, dah depat geran, lega sangatttt..so dengan segera aku terus hantar geran tersebut ke BPP disebabkan hanya satu dokumen itu sahaja belum cukup..skali bila hantar ke BPP, kene rijek lagi disebabkan pada geran tersebut tidak dinyatakan owner menggadaikan tanah tersebut kepada bank (iaitu owner buat pinjaman Bank Islam untuk beli tanah tu dulu) sedangkan dalam S&P perkara tersebut ada dinyatakan..Masyallahhhh...sangkut lagiiiii...
so contact lawyer untuk selesaikan masalah tu..lawyer maklumkan, lawyer owner claim RM800 plus untuk proses tukar geran iaitu masukkan gadaian Bank Islam tu dalam geran..Kami argue jugak pada asalnya sebab itu bukan kesilapan kami, tapi disebabkan owner(vendor) berkeras tak mahu bayar, akhirnya kami mengalah..bukan apa, mengenangkan proses yang dah lama sangkut.tambahan pula kami fikir dah susah nak dapat tanah yang lain. Pejam mata ajelah bayar...
Akhirnya, awal bulan Ogos kami dapat geran yang telah dibetulkan dan aku terus hantar ke BPP..Dalam dua minggu selepas hantar, terus dapat Kelulusan Pinjaman Perumahan Perbendaharaan pada tarikh 12 Ogos 2014. .pada 14 Ogos 2014, aku terus pergi hantar surat setuju terima pinjaman perumahan perbendaharaan..Alhamdullillah selesai satu bahagian..
Dah lepas bab pinjaman, proses tukar nama geran kepada nama kami, proses cagaran kepada BPP pula dan akhirnya pada awal Febuari 2015, barulah proses selesai.. Subhanallah lamanyaaa..mujur rezeki masih disebelah kami..walaupun tertangguh setahun, harga tetap seperti harga jualan dan kami dikenakan sedikit caj kerana kelewatan proses kepada vendor..pejam mata sahajalah sebab kami sendiri tahu memang kami tak dapat dah harga tersebut untuk nilaian tahun ini..Malah kami dapat pulangan wang yang kami bayar untuk kos tukar geran vendor yang tiada gadaian kepada Bank Islam tu..Syukur segalanya dah selesai...Geran bertukar nama dan tanah lot itu kini milik kami:)
tu diaaa tanah dah semak disebabkan setahun tergendala..asalnya tanah ni agak lapang...dah tak nampak rupa tanah lot dah..huhu... |
No comments:
Post a Comment