21 Disember 2015
Kami bergerak dari Kota Madinah untuk ke Mekah selepas solat zohor dengan menaiki Van Hiace 12 seater. Muatlah untuk kami seramai 10 orang bersama-sama beg. Kadar bayaran yang diambil untuk perjalanan ini ialah 700sr.
Kami singgah bermiqat di Bir Ali (Zulhulaifah). Jemaah lelaki perlu menukar pakaian kepada pakaian ihram di sini. Seterusnya kami berniat ihram dan solat sunat sebelum meneruskan perjalanan ke Mekah. Kedudukan Bir Ali ini sekitar 12km sahaja daripada Kota Madinah.
Semasa di Bir Ali |
Memandangkan kami bertolak selepas zohor dan belum lagi makan tengah hari, jadi kami meminta pemandu van untuk memberhentikan kami di mana-mana tempat perhentian untuk makan. Sebenarnya nasi kami telah beli siap-siap di Madinah sebelum bertolak tadi. Cuma perlu berhenti untuk makan sahaja.
Ayah, suami dan adik (Aziz) |
Umi dan Mama |
Sampai sahaja di Mekah, kami terus check in hotel yang telah ditempah iaitu Hotel Dar Al-Ghufran. Hotel ini adalah hotel bajet. Jaraknya pula kira-kira 200 meter sahaja dari Masjidil Haram. Hotel ini betul-betul bersebelahan dengan Hotel Le Meridian. Lokasi yang sangat strategik bagi kami kerana di hadapan pintu hotel, terdapat kedai runcit. Mudahlah untuk kami membeli keperluan kerana selain membeli makanan di kedai, kami juga kerap memasak. Bosan juga setiap hari makan nasi arab.
Selesai meletakkan beg dan mengemaskan diri sekejap, kami terus masuk ke Masjidil Haram untuk menunaikan ibadat umrah. Bimbang juga juga ditangguhkan akan dikenakan dam sekiranya terbuat perkara-perkara yang dilarang ketika dalam ihram umrah. Ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 10.00 malam. Kami mulakan dengan tawaf, saie dan seterusnya bercukur....Alhamdulillah dengan izin Allah, sempurnalah ibadat umrah kami yang wajib...Terima kasih Ya Allah...sungguh aku bersyukur kepadaMu kerana dengan izin Mu tercapai jua hasrat ku berada di rumahMu bersama-sama insan tersayang..
No comments:
Post a Comment