Thursday, May 5, 2016

Lambaian Kaabah (Siri 1)

Perjalanan Umrah Persendirian

Angan-angan nak mengerjakan umrah dah lama dalam diri. Namun mengenangkan anak masih kecil dan tiada orang nak jaga mereka, hajat terpaksa ditangguhkan..lagipun belanja pun agak besar..Namun dari semasa ke semasa aku cuba survey dan mencari peluang dan jalan untuk menunaikan umrah. Sehinggalah aku terjumpa satu group yang ditubuhkan untuk mengerjakan umrah secara persendirian.Dari situ, banyak info yang aku dapat dan pelajari..Kebetulan si kecil pun dah 2 tahun. Adik ipar pula sanggup untuk mengasuh..alhamdulillah

Kenapa pilih umrah persendirian??? Actually banyak sebabnya..Antaranya ialah selalunya dengan pakej, pada harga yang biasa di offer kita akan mendapat hotel yang agak jauh. Sedangkan aku pergi bawak orang tua.Mak mertua sakit lutut jadi memerlukan hotel yang dekat..Lagipun biasanya pakej akan ziarah ladang kurma, ladang unta dan beberapa tempat yang kami rasa tak perlu pergi. Tempoh masa juga lebih panjang berbanding yang disediakan oleh pakej.Bincang punya bincang dengan ahli rombongan yang nak pergi, so kami ambil keputusan arrange sendiri..Cuma hotel sahaja kami minta arrangement dari pihak agen..

Maka bermulalah operasi servey harga tiket..mula-mula kami servey harga tiket Kul-Jeddah, tapi info yang aku dapat dari semasa ke semasa menyatakan bahawa proses imigresen di Jeddah agak rumit (sebab kami tak ambil full pakej) disamping perlu memakai pakaian ihram siap-siap di KLIA, jadi aku mengambil keputusan untuk terus ke Madinah..Tiket Kul-Madinah lebih mahal namun aku fikir lebih mudah dan selamat.

Aku menggunakan kayak.com untuk buat perbandingan harga tiket..Bersungguh-sungguh jugalah cari tiket yang mampu kami beli..Adik aku cadangkan naik Turkish Airlines memandangkan kami juga bercadang nak singgah Turki, namun harga yang ditawarkan oleh Turkish agak mahal..Mungkin sebab airlines itu sudah diiktiraf 5 star..

Sehinggalah aku berjumpa dengan harga tiket Saudi Airlines dengan perjalanan KUL-MED, JED-ISTANBUL-KUL pada kadar kira-kira RM3400++ seorang..Untuk buat carian penerbangan bagi  tiga bandar ini, aku menggunakan fungsi multicity/multi flight..Namun harga tersebut bukanlah aku dapat dengan membeli terus dengan airlines, tetapi melalui agent iaitu expedia.com. Jika direct kepada airlines harganya berbeza dan sangat mahal sebenarnya..Sebelum beli, aku cari juga info tentang isu membeli tiket melalui expedia ni..Setelah buat pembacaan dan penilaian, kami tawakkal ajelah untuk beli tiket melalui expedia.



Alhamdulillah tiket dah berjaya beli..Kami tawakkal ajelah kepada Allah S.W.T berkenaan isu visa kerana itulah yang paling utama sebenarnya.Jika visa tak lepas, maka tiket burn..Masyaallah mudah-mudahan Allah jauhkan dari segala musibah tersebut..

Tiket yang aku beli tu sekitar bulan april 2015 untuk perjalanan bulan Disember 2015..So aku ada masa yang panjang untuk buat persiapan...so start dari bulan April tulah aku mula mencari bahan dan sumber serta untuk umrah secara backpack ni..

No comments: