Saturday, April 25, 2015

Guangzhou-Shenzen-Hong Kong (8 Dis-15 Dis 2014) Part 5

12 Dis 2014

 Check out Cosmic Guest House di Hong Kong untuk ke Shenzen....
Tunggu beli nasi sebelum gerak ke Shenzen
Untuk ke Shenzen, kami menaiki metro dari Stesen Tsim Sha Tsui ke Hung Hom kemudian ke stesen terakhir Lo Wu yang bersempadan dgn Shenzen.
Tiba Shenzhen, stesen LouHu, kami ambil Metro Line 1-LuoBao Line 1 dan turun di Laojie Station (老街站)

Boarder Hong Kong nak masuk Shenzen
Di Shenzen, kami menginap di Sunon Hotel (rate sekitar RM150/night). Sunon hotel berada di kedudukan yang sangat strategik.Tempat makan senang, untuk ke Dongmen Pedestrian Street pun jalan kaki tak sampai lima minit.

****Jika dari Stesen Laojie Station Exit A,C atau E untuk ke di Dongmen Pedestrian Street yang mana ada tmpt makanan halal juga di situ.

Pas rehat sekejap di hotel, kami keluar ke Dongmen Pedestrian. Pusing-pusing tengok barang dan compare dengan harga di Guangzhou. Dari pemerhatian, aku lihat harga di sini bagi kategori patchwork, tuala, alas kerusi meja makan sebenarnya lebih murah dari tempat yang kami dah pergi di Guangzhou..So kat cni, kami ambil peluang sopinglah..Boleh tahan jugak la banyaknya..hehe..


Mall-mall yang berhampiran Sunon Hotel
Untuk ke tempat kedai makan halal sebenarnya setentang aje dari Sunon Hotel. Cross jalan ada ruang legar pejalan kaki, then pusing cikit sebelah kiri mall yang setentang Sunon Hotel tu, akan nampak kedai makan muslim..Menunya sama seperti Guangzhou iaitu mee tarik dan variasinya..hahaha..telan ajelah..sedap je pun..hihi

Dongmen Pedestrian ni bagi aku lagi meriah dari Shangxia Xiu Lu Pedestrian, Guangzhou..Barang-barang jualan lebih pelbagai dan banyak pilihan compare di Shangxia Lu yang lebih tertumpu kepada barangan seperti pakaian sahaja...Umi beli tuala dua dozen, alas kerusi makan tiga set, karpet patchwork, alas meja dan sarung bantal. Adik iparku, Huda pun banyak juga soping..Ayah lak dah dapat sepasang kasut.Aku beli jugak kasut untuk Abdullah yang sangat menjadi kegemarannya sehingga hari ini..memang berbaloi beli..maka kompemlah beg-beg kami beranak pas ini..huahuahua

Balik hotel dah lewat malam..sume terus pengsan tido..Esok akan sambung perjalan ke Guangzhou semula...

No comments: