14 Dis 2014
Hari nie kami pulun jalan..esok dah nak balik dah..so kami mulakan dengan ke pusat barangan kulit dulu..Ini tempat yang dituju..Kami naik tren line 2,turun di Yuexiu Park, exit D.Kemudian ambil teksi untuk ke tempat tersebut..tunjuk aje alamat pada teksi, mereka terus bawa..
Guangzhou Baiyun world leather trading centre
Address:No.1356,1358 Jie Fang Bei Road
解放北路1356-1358号白云皮具世界
|
Baiyun Leather Mall
Pengalaman yang kami takkan lupakan semasa di pusat barangan kulit ini ialah kami dibawa ke sebuah apartment di belakang Baiyun Leather Mall dek kerana nak melihat barangan kulit yang high kualiti. Sebenarnya semasa kami sampai di sini, kami dah masuk dan pusing mall. Memang tersangat banyak lah beg yang cantik-cantik..Harga pun boleh tahan jugak..Namun kami tak jumpa brand yang diinginkan..Sebelum ni,aku dah pernah baca untuk beli beg jenama2 popular tu memang tiada dijual secara terbuka kerana menyalahi peraturan. Namun menurut info, akan ada kaki-kaki penjual barangan tersebut yang akan menunggu dan offer kepada sesiapa yang berminat.
So kami keluar balik dan mencari kaki-kaki penjual tu..hihi..senang aje kerana mereka memang ada menunggu diluar dengan siap bawa katalog lagi..Kami bersetuju untuk ikut salah seorang daripada mereka..Rasa cuak juga, tapi disebabkan kami agak ramai, jadi perasaan tu tenggelam sedikit..
Kami di bawa ke belakang mall dan memasuki sebuah blok apartment.Nak masuk kawasan tu beberapa kali perlu melepasi pagar besi yang memerlukan akses kad yang dipegang oleh pembawa tersebut..kawasan tu pulak seperti dikawal oleh kumpulan yang kelihatan seperti kumpulan kongsi gelap...Seram pulak melihatnya..Kemudian kami dibawa menaiki lift ke tingkat 11 dan memasuki sebuah unit rumah yang telah diubah suai seperti butik beg..Kat dalam tu barulah kami dapat lihat jenama-jenama yang familiar seperti LV, Prada, MK, Channel dan lain-lain..
Puas membelek dan memilih, akhirnya banyak jugak duit kami terbang di situ..Memang cantik-cantik dan kualitinya menyerupai yang original..Harganya memang tak murahlah namun puas hati membeli..huhu..Akhirnya kami keluar dari kawasan tu dengan selamat..Terfikir juga kami, kalau-kalau tak ada apa-apa kami beli setelah dibawa ke situ, apa akan jadi ye...Kawasan itu seakan kawasan kongsi gelap yang selalu aku lihat dalam citer-citer cina kat tv..Jika berdua akatu bertiga, mungkin tak pergi kot..takutlaaa..
Di sebabkan masa yang ada singkat, kami tak lama di berada di pusat barangan kulit tu...kami bergegas ke gedung kain..ingat nak cari kain buat langsir..sampai-sampai sana..mak aihhhh......kawasan yang sangat luasss..bergedung-gedung ada namun semuanya dijual secara pukal...takkan la kami nak bli sapa satu roll kain..ada yang jual meter pun harga tak beza sangat.murah sedikit sahaja..macam rugi pulak beli.dahla kene angkut jauh..so akhirnya kami berlalu dari tempat itu dengan tangan kosong... Untuk mereka yang mencari kain dalam kuantiti yang banyak dan bergulung-gulung, bolehlah soping di sana.Nak sampai ke gedung kain ni, ini caranya....
Zhongda Fabric Market in Guangzhou Address of main building: 海珠区新港西路中大国际轻纺城 Xingang Xi Lu Metro station: Sun Yat Sen University, Line 8 Exit D. Walk straight 200 meters after the exit and turn right on Ruikang Road. Then you will find fabric markets all over that street.
Dari Zhongda Fabric Market, kami naik prebet sapu iaitu van untuk ke tempat barangan handphone pula..yang kelakar tu, driver van tu siap suruh kami buka GPS untuk cek lokasi..sabooo ajelah..Memang takkan lupa lah pengalaman naik van sapu di Guangzhou ni..macam tin sardin kami masuk dalam van Pak Cik tu..bayangkanlah kami 8 dewasa, 2 kanak-kanak di tambah dengan 2 stroller anak..huhu...
|
|
beli barang iphone dan powerbank di sini |
|
soping patchwork |
Soping Patchwork Kami kembali semula ke Highsun Fabric untuk beli patchwork..kalut jugakla beli sebab kedai dah nak tutup.Harga pun tak leh nego sangat..kami dapat dengan harga RM80 satu set queen punya manakala yang single harga RM50..Tak leh nego pun kami rembat ajelah..memanglah harga tu lagi murah dari di Malaysia, tapi asalnya kami target harga sekitar RM50-RM60 sahaja untuk saiz queen..Bukan rezeki kami untuk jumpa lokasi yang jual harga borong..
Balik hotel, makan-makan then siap-siap untuk keluar ke Beijing Lu yang femes tu..tak ada target nak beli apa-apa lagi sebab tak tahu apa yang ada di sana dan murah..target mesti murah kan.kalu tak sia-sialah datang sini..hehe
|
sekitar Beijing Lu... |
Beijing Lu ni memang happening pada waktu malam..Ala-ala macam Bukit Bintang..segala benda ada dijual di sini..Harga di sini tak la murah sangat..Kategori standard..Aku sempat juga beli sepasang kasut kerja..Husband pun beli sepasang..Untuk Aisyah, Tok Umi nya belikan sebuah beg tarik Frozen
|
beg frozen kesayangan aisyah pemberian tok umi... |
2 comments:
Assalam dear, nak tanya something psl trip to Guangzhou. Ada email or number I boleh contact?
boleh email pada sy umicacah@gmail.com
Post a Comment