Thursday, May 21, 2015

Kota Kinabalu (Part 1)

Rezeki sampai ke Kota Kinabalu adalah kerana adik ipar (adik suami) berkahwin dengan orang sana..Jadi terjejak lah juga kaki di sana..Sebenarnya dari zaman aku sekolah lagi duk berangan-angan pergi ke sana memandangkan mak saudara ada tinggal di sana.Namun tak ada rezeki sehinggalah ke penghujung tahun 2014.

Hampir seminggu juga berada di sana.Kami beruntunglah sebab penginapan dah disediakan..kenderaan pun adik ipar dah sewa siap-siap untuk tujuan kami jejalan di sana.Tinggal bayar tiket flight dan duit belanja sahaja..

Sebut Kota Kinabalu pasti tidak sah jika tidak pergi ke Kundasang, Rumah Terbalik Tamparuli, Desa Dairy Farm,Pasar Filipina, Pulau Manukan dan macam-macamlah..So kami cuba untuk sampai ke tempat tersebut walaupun tidak semua..

Awal-awal lagi aku dah booking chalet di Kundasang iaitu Alpine Dibayu.Itupun melalui review yang aku baca di internet mengatakan chalet tu baru dan best.harga pun agak berpatutan.Kami booking 1satu aje chalet yang mana muat untuk 2 pasang suami isteri dan seorang single..

ni la rupanya Alpine Dibayu tu..
sekitar chalet..cantikkan kawasan tu...
kami sekeluarga
berlatar belakangkan Gunung Kinabalu
Dari chalet yang kami sewa tu tak jauh pun untuk pergi ke Desa Dairy Farm..Tempat tersohor ternak lembu susu tu.Tapi masa kami pergi tu tak dapat lihat pun proses pengambilan susu lembu.Mungkin ada masa tertentu sahaja dan tidak silap pembacaanku di awal pagi.Jadi kami ke sana melawat kawasan dan beli cenderamata sahajalah..

Desa Dairy Farm
Desa Dairy Farm
Desa Dairy Farm


No comments: