Saturday, May 7, 2016

Lambaian Kaabah (Siri 3)

....sambungan...

Kira-kira jam 10.00 malam waktu Saudi, flight kami landing dengan selamatnya di Jeedah airport. Turun aje flight, kami lihat ada dua buah bas menunggu untuk pick up jemaah ke terminal..Sebenarnya terminal di Jeddah ni ada 2 terminal berbeza iaitu Terminal Hajj dan Terminal Selatan (South Terminal). Terminal Selatan juga dikenali sebagai Terminal Saudi yang mana penerbangan untuk destinasi domestik adalah dari terminal tersebut. Jadi kami sepatutnya menaiki bas ke Terminal Selatan (Terminal Saudi) memandangkan kami mempunyai connection flight di sana untuk ke Madinah.

Malangnya kami telah dipaksa untuk menaiki bas ke terminal Hajj dengan alasan kami adalah pemegang visa umrah. Masuk terminal Hajj, ramai jemaah sedang menunggu giliran untuk melepasi imigresen. Memandangkan kami perlu mengejar pesawat yang akan berlepas kurang 3 jam dari tempoh yang ada, maka kami bergegas mencari staff airport dan memaklumkan situasi group kami..

Alhamdulillah kami mendapat bantuan dan dipermudahkan urusan malah staff airport membuka laluan khas untuk group kami sahaja bagi mempercepatkan urusan imigresen. Kira-kira 15 minit, urusan cop pasport selesai untuk group kami. Kami bergegas mencari bagasi pula kerana bimbang bagasi juga dihantar ke Terminal Hajj walaupun semasa di KLIA telah dimaklumkan bahawa bagasi akan di transfer ke Terminal Selatan. Agak kelam kabut juga kami memeriksa kerana beg-beg tersangat banyak dilonggokkan mengikut no flight yang kita naik.

Setelah pasti beg kami tiada di Terminal Hajj, kami segera keluar dari airport mencari teksi atau prebet sapu untuk membawa kami ke Terminal Saudi. Kami menaiki prebet sapu GMC dengan bayaran 350sr dan mengambil masa 30 minit untuk sampai ke Terminal Saudi. 

Tiba di sana, kami terus ke international arrival untuk mengambil beg kami yang memang telah dihantar ke situ. Kami rushing lagi untuk drop balik beg kami bagi domestik flight ke Madinah. Walaupun jam menunjukkan jam 2 pagi, namun mata memang tidak mengantuk kerana berlari ke sana ke mari..huhu..

Kami sampai di Madinah jam 3.00 pagi. Syukurnya bas yang di'booking' lebih awal telah menunggu. Perjalanan dari airport Madinah ke Kota Madinah tidak sampai satu jam..Malangnya driver bas pula tidak jumpa hotel yang telah kami tempah.Dugaan untuk kami barangkali...Hampir satu jam juga bas berpusing-pusing sehinggalah masuk waktu subuh. Aku dan ayah mengambil keputusan untuk mencari dengan berjalan kaki berdasarkan gambaran kedudukan hotel yang diberikan oleh agent yang menjadi orang tengah bagi urusan tempahan hotel. Dengan izin Allah, sekejap sahaja kami jumpa hotel tersebut..syukur padaMu Ya Allah....

Kami menginap di Makarem Plaza Hotel, Madinah yang berlokasi kurang 100 meter dari pintu nombor 5 Masjid Nabawi. Bagi Jemaah lelaki memang kedudukan hotel ini sangat dekat, namun untuk jemaah wanita perlu berjalan lebih sedikit. Sepanjang berada di Madinah, cuaca sejuk dan sangat nyaman. Kata ayah, bulan Disember memang waktu yang sangat nyaman dan selesa untuk buat ibadat umrah.  

Bersama ibunda tercinta dalam Masjid Nabawi
Bersama suami di hadapan Hotel
Syukur sangat dapat jejak kaki di sini bersama-sama mereka....

2 comments:

Fauzia Hamid said...

Selamat kembali menulis.

maryam said...

hihi ada pasang surut kak...ni sbb risau hbis lupa jadi karang ajelah ala kadar..