Thursday, May 21, 2015

Kota Kinabalu (Part 2)

......sambungan...

Dari Desa Dairy Farm kami ke Memorial Park pula..tak ada apa yang menarik sangat di situ.naik atas tengok-tengok , amik gambar then turun..hehehe
kene panjat tangga cikitla naik..
bagi ajelah budak-budak tu jalan...
selfie ngan anak daraku...
Hala balik semula ke Kota Kinabalu barulah kami singgah di Rumah Terbalik Tamparuli..Bayaran masuk ialah RM10 seorang..agak mahal jugak.tapi sebab alang-alang dah sampaikan...
adik dah tertido penat..hehe
ni yang kat luar.kat dalam tak leh amik gambar...


Sebenarnya kami juga singgah di Kolam Air Panas Poring..Dari Kundasang, ke depan lagi dalam dekat 1 jam lebih jugaklah.Tapi takde snap gambar dah di sana..huhu..Kolam air panas tu agak ramai juga orang dan tempat-tempat khas dibuat untuk mereka yang datang berendam.Boleh tahan besar jugak kawasannya..

Selain tu kami pergi juga Pasar Filipina, Pantai Tanjung Aru dan UMS. Di Pasar Filipina banyak jugalah aku borong ikan bilis sebab di sana murah.Kebetulan seminggu selepas tu kenduri adik pula di Terengganu. Selain tu aku beli juga brooch mutiara tu.Haruslah beli barangan berasaskan mutiara tu kan di Sabah..hehe


Kota Kinabalu (Part 1)

Rezeki sampai ke Kota Kinabalu adalah kerana adik ipar (adik suami) berkahwin dengan orang sana..Jadi terjejak lah juga kaki di sana..Sebenarnya dari zaman aku sekolah lagi duk berangan-angan pergi ke sana memandangkan mak saudara ada tinggal di sana.Namun tak ada rezeki sehinggalah ke penghujung tahun 2014.

Hampir seminggu juga berada di sana.Kami beruntunglah sebab penginapan dah disediakan..kenderaan pun adik ipar dah sewa siap-siap untuk tujuan kami jejalan di sana.Tinggal bayar tiket flight dan duit belanja sahaja..

Sebut Kota Kinabalu pasti tidak sah jika tidak pergi ke Kundasang, Rumah Terbalik Tamparuli, Desa Dairy Farm,Pasar Filipina, Pulau Manukan dan macam-macamlah..So kami cuba untuk sampai ke tempat tersebut walaupun tidak semua..

Awal-awal lagi aku dah booking chalet di Kundasang iaitu Alpine Dibayu.Itupun melalui review yang aku baca di internet mengatakan chalet tu baru dan best.harga pun agak berpatutan.Kami booking 1satu aje chalet yang mana muat untuk 2 pasang suami isteri dan seorang single..

ni la rupanya Alpine Dibayu tu..
sekitar chalet..cantikkan kawasan tu...
kami sekeluarga
berlatar belakangkan Gunung Kinabalu
Dari chalet yang kami sewa tu tak jauh pun untuk pergi ke Desa Dairy Farm..Tempat tersohor ternak lembu susu tu.Tapi masa kami pergi tu tak dapat lihat pun proses pengambilan susu lembu.Mungkin ada masa tertentu sahaja dan tidak silap pembacaanku di awal pagi.Jadi kami ke sana melawat kawasan dan beli cenderamata sahajalah..

Desa Dairy Farm
Desa Dairy Farm
Desa Dairy Farm


Monday, May 18, 2015

Guangzhou-Shenzen-Hong Kong (8 Dis-15 Dis 2014) Part 7

14 Dis 2014

Hari nie kami pulun jalan..esok dah nak balik dah..so kami mulakan dengan ke pusat barangan kulit dulu..Ini tempat yang dituju..Kami naik tren line 2,turun di Yuexiu Park, exit D.Kemudian ambil teksi untuk ke tempat tersebut..tunjuk aje alamat pada teksi, mereka terus bawa..

Guangzhou Baiyun world leather trading centre
Address:No.1356,1358 Jie Fang Bei Road 
解放北路1356-1358号白云皮具世界 
Baiyun Leather Mall


Pengalaman yang kami takkan lupakan semasa di pusat barangan kulit ini ialah kami dibawa ke sebuah apartment di belakang Baiyun Leather Mall dek kerana nak melihat barangan kulit yang high kualiti. Sebenarnya semasa kami sampai di sini, kami dah masuk dan pusing mall. Memang tersangat banyak lah beg yang cantik-cantik..Harga pun boleh tahan jugak..Namun kami tak jumpa brand yang diinginkan..Sebelum ni,aku dah pernah baca untuk beli beg jenama2 popular tu memang tiada dijual secara terbuka kerana menyalahi peraturan. Namun menurut info, akan ada kaki-kaki penjual barangan tersebut yang akan menunggu dan offer kepada sesiapa yang berminat.

So kami keluar balik dan mencari kaki-kaki penjual tu..hihi..senang aje kerana mereka memang ada menunggu diluar dengan siap bawa katalog lagi..Kami bersetuju untuk ikut salah seorang daripada mereka..Rasa cuak juga, tapi disebabkan kami agak ramai, jadi perasaan tu tenggelam sedikit..

Kami di bawa ke belakang mall dan memasuki sebuah blok apartment.Nak masuk kawasan tu beberapa kali perlu melepasi pagar besi yang memerlukan akses kad yang dipegang oleh pembawa tersebut..kawasan tu pulak seperti dikawal oleh kumpulan yang kelihatan seperti kumpulan kongsi gelap...Seram pulak melihatnya..Kemudian kami dibawa menaiki lift ke tingkat 11 dan memasuki sebuah unit rumah yang telah diubah suai seperti butik beg..Kat dalam tu barulah kami dapat lihat jenama-jenama yang familiar seperti LV, Prada, MK, Channel dan lain-lain..

Puas membelek dan memilih, akhirnya banyak jugak duit kami terbang di situ..Memang cantik-cantik dan kualitinya menyerupai yang original..Harganya memang tak murahlah namun puas hati membeli..huhu..Akhirnya kami keluar dari kawasan tu dengan selamat..Terfikir juga kami, kalau-kalau tak ada apa-apa kami beli setelah dibawa ke situ, apa akan jadi ye...Kawasan itu seakan kawasan kongsi gelap yang selalu aku lihat dalam citer-citer cina kat tv..Jika berdua akatu bertiga, mungkin tak pergi kot..takutlaaa.. 

Di sebabkan masa yang ada singkat, kami tak lama di berada di pusat barangan kulit tu...kami bergegas ke gedung kain..ingat nak cari kain buat langsir..sampai-sampai sana..mak aihhhh......kawasan yang sangat luasss..bergedung-gedung ada namun semuanya dijual secara pukal...takkan la kami nak bli sapa satu roll kain..ada yang jual meter pun harga tak beza sangat.murah sedikit sahaja..macam rugi pulak beli.dahla kene angkut jauh..so akhirnya kami berlalu dari tempat itu dengan tangan kosong... Untuk mereka yang mencari kain dalam kuantiti yang banyak dan bergulung-gulung, bolehlah soping di sana.Nak sampai ke gedung kain ni, ini caranya....

Zhongda Fabric Market in Guangzhou
Address of main building:
海珠区新港西路中大国际轻纺城 Xingang Xi Lu
Metro station: Sun Yat Sen University, Line 8 Exit D. Walk straight 200 meters after the exit and turn right on Ruikang Road. Then you will find fabric markets all over that street.


Dari Zhongda Fabric Market, kami naik prebet sapu iaitu van untuk ke tempat barangan handphone pula..yang kelakar tu, driver van tu siap suruh kami buka GPS untuk cek lokasi..sabooo ajelah..Memang takkan lupa lah pengalaman naik van sapu di Guangzhou ni..macam tin sardin kami masuk dalam van Pak Cik tu..bayangkanlah kami 8 dewasa, 2 kanak-kanak di tambah dengan 2 stroller anak..huhu...
beli barang iphone dan powerbank di sini
soping patchwork

Soping Patchwork Kami kembali semula ke Highsun Fabric untuk beli patchwork..kalut jugakla beli sebab kedai dah nak tutup.Harga pun tak leh nego sangat..kami dapat dengan harga RM80 satu set queen punya manakala yang single harga RM50..Tak leh nego pun kami rembat ajelah..memanglah harga tu lagi murah dari di Malaysia, tapi asalnya kami target harga sekitar RM50-RM60 sahaja untuk saiz queen..Bukan rezeki kami untuk jumpa lokasi yang jual harga borong..

Balik hotel, makan-makan then siap-siap untuk keluar ke Beijing Lu yang femes tu..tak ada target nak beli apa-apa lagi sebab tak tahu apa yang ada di sana dan murah..target mesti murah kan.kalu tak sia-sialah datang sini..hehe

sekitar Beijing Lu...
Beijing Lu ni memang happening pada waktu malam..Ala-ala macam Bukit Bintang..segala benda ada dijual di sini..Harga di sini tak la murah sangat..Kategori standard..Aku sempat juga beli sepasang kasut kerja..Husband pun beli sepasang..Untuk Aisyah, Tok Umi nya belikan sebuah beg tarik Frozen
beg frozen kesayangan aisyah pemberian tok umi...

Sunday, May 17, 2015

Vietnam In Memory...

Percutian 3 Hari 2 Malam di Vietnam...

Tiket flight kami 
Idea pergi Vietnam ni datangnya daripada My Daddy semasa beliau membuat satu urusniaga dengan pembekal di sana..Seronok katanya kat sana.Harga barang-barang juga murah..So bila Airasia buat promosi, teruslah aku offer kat family bagi sesiapa nak join trip kali ni..Masa harga promosi tu kami dapat harga untuk return RM207 seorang..Ok la..Jika naik MAS paling murah harga sekitar RM400 lebih jugak seorang..

 Tempahan hotel
Pas dah beli tiket, barulah aku google cari hotel yang dekat dan sesuai dengan bajet kami..Aku pilih Saigon Pink 2..Lokasinya memang terbaikkk...jalan sikit aje dah sampai ke Pasar Ben Than. Pasar malam yang terkenal tu pun tiga empat langkah aje dari hotel.Depan hotel ada 3 kedai makan halal. Pasar Ben Than tu syurga untuk penggemar kain cotton..Macam-macam cotton yang ada.Corak yang sangat cantik dan harga for sure separuh dari harga yang dijual di Malaysia..
Kedai telekung Basiroh yang femes tu pun di bangunan yang sama..Telekung solat kat sini memang murah. Patern yang cantik dan banyak sulam-sulam yang kemas boleh didapati dalam harga sekitar RM60 sahaja..Kalau kat Malaysia, memang seratus lebihlah.. 
Depan Hotel
Aisyah dah dapat beg dah satu...
Baju siap ni pun sangat laaa murah..

Mereka sangat sporting...
Suasana malam yang happening
Soping ape tah time ni..
Kopi Vietnam yang sangat sedap...
adik dan adik ipar...
Depan hotel aje ada kedai makan halal...
Ni tengok mereka buat lukisan dengan guna kulit telur...
Depan Pusat Kraf mereka
jeti ke pulau......
Naik bot...
Muka Abdullah yang teruja...
Kat cni lagi murah dari Pasar Ben Than
Buah-buahan tradisional...
Dihidangkan madu Vietnam
Sekitar Pasar Ben Than
Tengah beli tshirt untuk bagi kat adik beradik...

Sebenarnya banyak yang aku dah lupa untuk trip kali ni sebab dah setahun lebih baru nak upload.. Kami ke sana tanpa guna travel agen.Alhamdulillah trip kami berjalan lancar..Tak susah pun kat sana. Driver teksi boleh faham simple English..Malah peniaga di Pasar Ben Than tu ramai yang boleh bercakap melayu. Urus niaga dalam Ringgit Malaysia pun diterima..So kami pergi tempoh hari tukar cikit sahaja duit..Untuk bayar teksi dari airport sahaja tak silap..Yang lain, semua kami guna RM..

Berbudi Pada Tanah....

Kalau Berbudi Pada Tanah Lambat Laun Akan Nampak Hasilnya......

Bermula dengan tanam pokok mangga dan nangka madu, minat menanam tetiba datang..seronok juga sekurang-kurangnya ada aktiviti sampingan di hujung minggu. Sementara rumah belum didirikan, eloklah kami tanam dahulu..

Tuan punya tanah sebelah offer ambil apa-apa aje yang die tanam untuk kami tanam juga..Yang paling aku berkenan, pokok bunga kantan, serai dan pandan..Asalnya memang nak cari pokok-pokok tu.Dah ada orang offer, rezekila kan....
Pokok bunga kantan...
Selain tu, kami singgah juga nurseri pokok tanaman untuk cari-cari yang lain..Aku beli pokok kunyit (RM5 untuk 2 pohon..tu pun sebab pokok tu xbrapa comel.Kalu tak,harganya RM10 sepohon) dan daun limau purut (RM10)..En Suami pula beli pokok cempedak(RM12) dan durian belanda (RM8)..


Ratakan dulu kawasan semak...
En Suami yang gigih menanam...
nampak ke pokok tu..hihi..masih perlu clearkan kawasan tu...
Mood tak sabar menunggu hujung minggu lagi..hehehe..memang syokla dengan aktiviti baru ni. Tapi semalam kesian Abdullah..Habis lengan dan muka die merah-merah digigit nyamuk.Banyak pula nyamuk petang semalam.....


Saturday, May 16, 2015

Guangzhou-Shenzen-Hong Kong (8 Dis-15 Dis 2014) Part 6

13 Dis 2014

Hari ni kami check out Sunon Hotel untuk kembali ke Guangzhou..Tinggal 3 hari lagi kami berada di sini..banyak lagi tempat yang dirancang namun tak sempat pergi..
sempat breakfirst dulu..ambil menu vegetarian ajelah kami ;)
Dari Shenzen, kami menaiki tren di Shenzen Railway Station untu ke Guangzhou Railway Station. Tren lebih kurang macam yang kami naiki dari Guangzhou ke Hong Kong..Harga tiket sekitar RM50 seorang..

Guangzhou Railway Station ni sangat besar tau..keluar aje akan nampak ruang legar yang lapang dan manusia lak masyallah sangat ramai..tercari-cari jugak kami stesen subway Guangzhou Railway  Station untuk ke hotel seterusnya yang berada berdekatan stesen subway Haizhu Square.. 
Umi dan ayah yang sporting ;)

Bergambar dulu jap..hehe

...lagii...
Sampai di stesen subway Haizhu Square, kami ambil exit B3. Hotel Guangzhou betul-betul berada di pintu keluar exit B3..senang sangat dan location yang perfect..Hotel ni pun kami booking melalui agoda.com..sekitar RM180 semalam.. hotel ni old fesyen ckit lah..tp ok aje..bukan nk bertapa dalam bilik pun..cuma balik untuk rehat dan tidur sahaja..
 

Lepas check in, kami makan dulu..restoran makanan halal cuma belakang hotel aje..dari pintu hotel, keluar ke kiri, ikut susur tepi hotel belakang tu akan nampak restoran makanan halal tu. Memang terbaik lah lokasi Guangzhou Hotel ni..nak ke Beijing Lu pun cuma jalan kaki sahaja..
ada taman jugak belakang hotel tu.depan restoran halal
menu mil pilih...lupa nama apa
haa..tu menu-menu yang ada...
Selesai makan, kami pusing-pusing sekitar subway Guangzhou Railway Station..Cara untuk sampai ke sana dengan train ialah.....

Berhenti di Stesen Guangzhou Railway Station utk ke Bai Ma Garment, Liuhua Clothing.
 
Bai Ma Garment Wholesale Market (close to Guangzhou Railway Station)
Address:
Huan Shi Xi Road #194, Guangzhou
环市西路194号
Metro:Take line 2 or line 5 to Guangzhou railway station, then go to exit G.

Liuhua Clothing Wholesale Market (close to Guangzhou Railway Station) 
located opposite Guangzhou railway station, next to the bus terminal.
Address:
Huan Shi Xi Road #194, Guangzhou
环市西路194号

Disebabkan masa kami pergi tu musim sejuk, jadi yang berlonggok jual di pasaraya dan gedung-gedung baju pun hanyalah baju sejuk..jarang-jarang aje dapat lihat baju biasa...jimatlah duit kami di situ..huhu..

Dari tempat pakaian tu, kami jalan kaki sahaja ke pusat jam..pusing je Baima dan Lihua tu akan nampak jejantas tinggi yang cross jalan besar..seberang jalan sana akan jumpa pusat jam pula..jalan lagi ke depan akan jumpa kedai-kedai kasut pula..memamng heaven lah..
Seluas-luas Guangzhou tu boleh terjumpa dengan sahabat baik tanpa dirancang..hehehe jodoh katakan :)
Balik dah malam..memang penat giler lah..seharian keje berjalan aje..Tak lupa untuk story kisah satay kambing yang panas-panas sedap betul makan time sejuk dengan roti panas2..buat ala-ala kebab gitu..tapi tak ter'snap' pula gambar satay dan penjualnya..huhu rugi betul...Selain tu yang senang jumpa juga ialah jus delima dan air tebu..orang cina muslim jugak yang jual..ramai sebenarnya penjual cina muslim ni..tak susah pun jumpa...memang sedaplah..teringat-ingat pula sambil duk mengarang nih..hihihi...