Friday, April 24, 2015

Guangzhou-Shenzen-Hong Kong (8 Dis-15 Dis 2014) Part 4

11 Dis 2014

DESTINASI – HONG KONG

Pas breakfirst, kami terus check out untuk gerak ke Hong Kong..train jam 10.37, boarding setengah jam sebelum.Kami gerak lebih awal untuk mengelakkan kemungkinan2 yang tak terjangka..

Ruangan menunggu sementara menaiki train
Train ke Hong Kong
Lebih kurang aje dengan train kita.Tapi sangat laju..ala2 ERL gitu..Train ni pulak 2 tingkat.
Sampai di Hong Kong, kami turun di Stesen Hum Hom..Sebelum melepasi imigresen Hong Kong, kami perlu menjalani saringan kesihatan..mujur kami semua sihat.anak-anak pun tidak batuk dan selsema walaupun berubah cuaca di tambah dengan asyik berjalan tanpa kira siang dan malam..Keluar dari stesen Hum Hom, kami mencari metro untuk ke Cosmic Guest House.
Laluan bawah tanah metro
Bagi mereka yang nak stay dan round lama di Hong Kong menggunakan metro, eloklah membeli octopus card.

(Harga kad adalah HKD150 dan had penggunaan adalah HKD100. Baki HKD50 adalah deposit dan akan di pulangkan selepas kita refund kad tersebut di semua kaunter MTR. Apabila kita refund kad tersebut, mereka akan pulang tunai HKD43 dan baki HKD7 akan digunakan untuk management fee)

Untuk ke Cosmic Guest House:
- To come to our guesthouse from Hung Hom Train Station, you would take the MTR West Rail Line from Hung Hom Station to East Trsim Sha Tsui Station.

- Once you exit the gates at East Trsim Sha Tsui Station, take the Moving Walkway and follow the sign to N4 Exit - K11 Art Mall. You will see restaurants, shops, a set of escalators and elevators. Take yourself 2 floors up to the ground level. Walk out the building, and you will find our building west side just next to K11.

- Our building is equipped with 3 sets of elevators. Do not take the set for of elevators cargos. Take the set that is nearest to Nathan Road entry. Take the elevator that goes to 12/F (there are two elevators, one goes to odd floor, one goes to even floor). When you exit at the 12/F, you should see us on your right hand side.

So kami ikut aje instruction yang diberi..memang senang sangat nak cari..Bangunan tu hanya setentang dengan K11 Art Mall tu.
Depan Mall K11 duk tengok map mencari hala tujuan ;)

budak tak duduk diam...
Cosmic Guest House dalam Bangunan ini..
Kat Hong Kong ni senang aje..Signboard bersepah-sepah.Orangnya pun fasih berbahasa Inggeris.jadi tak ade masalah untuk komunikasi. Tak jauh dari Bangunan Mirador Mansion tu ada Masjid Kowloon..Besar dan sangat selesa..Huhu.. kagum jap di negara kapitalis yang minoriti Islam ni, masjid gah terbina..

Pas check in masuk hotel, rehat2 sekejap kami keluar balik..rugi lah masa jika duk lepak aje di bilik kan..nama lagi berjalan..hehe..Bilik di Cosmic Guest House ni sempitttt sangat..Tapi ok ajelah untuk tidur..Harga hotel di Hong Kong ni mahal.yang cikai2 camni pun semalam rate dalam RM200++

umi dan ayah tercinta....
bilik memang sempit.nak solat pun kene atas katil..huhu
jejalan sekitar Nathan Road
anak-anak yang baik
senang sbb signboard sepah-sepah
masjid Kowloon
nenek mengasuh cucu
with the person i love most
Jalan kaki ke Avenue Of Stars dan tengok lampu yang dimainkan tepat jam 8.00 mlm

Makanan halal area cni pun banyak.So tak perlu risau bab makan..Depan masjid tu siap ada baner2 promosi kedai makan Islam..Kebanyakkan style nasi arab..Memang sedap..Kami berjalan sampai malam.Pusing2 area citu sahaja..Plan asal sebenarnya esok nak ke Masjid Ammar dan Osman Ramju Sadick Islamic Centre yang tidak jauh dari Stesen Wan Chan. Namun plan di batalkan kerana kami perlu melepasi beberapa stesen yang lokasinya tidak jauh dari tempat demonstrasi (kebetulan masa kami pergi, Hong Kong akan menghadapi pihan raya yang mana rakyatnya sedang membuat beberapa tuntutan dan mereka telah melakukan demonstrasi di beberapa tempat).

No comments: