Friday, April 24, 2015

Guangzhou-Shenzen-Hong Kong (8 Dis-15 Dis 2014) Part 2

9 Dis 2014 

Hari pertama di Guangzhou, kami plan untuk me'round' menggunakan 

metro (train) di Line 1.
kenangan di Lilac International Suites
1st day mencari-cari arah ke Metro
Dari hotel a.k.a apartment yang kami bermalam hanya perlu berjalan sekitar lima minit untuk ke Guangzhou East Railway Station..Dekat sangattt... Kami memilih untuk mencari hotel di sekitar stesen ini memandangkan kami akan menggunakan metro (train) sebagai transport utama kami. Tambahan pula, untuk ke Hong Kong kami akan menaiki train dari stesen ini. Guangzhou East Railway Station ni agak besar..lebih kurang Terminal Bersepadu selatan kottt...

Bagi tujuan menaiki metro ini, kami telah membeli Kad Ca Yong Tan Cheng yang bernilai RMB70. RMB20 adalah untuk harga kad.manakala baki RMB50 boleh digunakan untuk tambang metro.

So tak perlu beratur untuk beli tiket setiap kali ingin menaiki metro. Sama je macam kita naik train di kL..


Inilah rujukan utama kami dalam menggunakan metro di Guangzhou

Destinasi 1: Highsun Fabric Market

Untuk ke Highsun Fabric Market kami perlu menaiki metro dari East Railway Station, ambil Line 1 untuk ke subway Martyrs’ Park.

Highsun Fabric Market ni sesuai untuk pembelian yang tidak banyak. Ada langsir, cadar patchwork yang glamer tu, kain sutera cina dan macam-macam lah.Tapi kami belum mula soping kononnya akan singgah balik ke sini untuk membeli..kononnya laaaa..

wefie japp
Highsun Fabric Market

yang tersayang
Syok berjalan sebab udara sejuk walaupun ada matahari. So tak berpeluh..jalan jauh pun kurang penat..hehehe..kagum kat my mum, dad n mama sebab gigih berjalan..hihi..

Ok nak sampai ke Highsun Fabric Market ni cmni:


Address:
Guangzhou Yan Jiang Dong Lu 429-431
广州市沿江东路429-431号,即海印桥西北引桥侧
By metro: Take line 1 to Martyr's park, take exit B3 and get a taxi from there.. Taxi will cost around 10 RMB

Destinasi 2: Masjid Huaisheng

Seterusnya kami ke Masjid Huaisheng dan makan, dari Subway Martyrs’ Park ke subway Ximenkou (masih di Line 1) iaitu kira-kira 550m dr stesen Ximenkou. Depan masjid tu ada kedai makanan halal.so kami makan-makan di situ selain beli juga roti untuk bekalan makan malam dan sarapan..Tak silap nama kedai makan tu ialah Boston Restaurant.Kedai runcit pun ada.kami siap beli garam sebab terlupa beli semasa di Kuala Lumpur..hehehe..bab garam ini untuk apa akan di sambung dalam Part 3 nanti..hahaha...Ok, senang aje nak cam kedai muslim ni sebab signboard nya hijau dan ada tulisan "halal" ikut arab..Kami solat jamak zohor dan asar di situ sebelum bergerak ke tempat seterusnya..

pintu masuk masjid
masjid Huaisheng
kenangan di masjid
dalam masjid
Gambar makan dan kedai tak ada lah pulak..kami tak melepaskan peluang makan satay kambing yang memang terkenal di Guangzhou..Memang sedap..hari ni pun pas dekat lima bulan dah masih teringat satay kambing tu...

No comments: