Thursday, April 23, 2015

Guangzhou-Shenzen-Hong Kong (8 Dis-15 Dis 2014) Part 1

8 Dis 2014

Trip kali ini agak ramai..turut join umi ayah, mama (my mother in law), adik lelaki ,Hasan dan sorang lagi adik lelaki iaitu Mad dan isterinya, Huda juga of course kami sekeluarga..kami pergi tanpa menggunakan agency travel..memang gamble namun kami memang telah membuat banyak pembacaan agar trip berjalan lancar..al maklumlah ada orang tua dan ada anak kecik yang belum dua tahun ;)

Dari rumah di kL, kami bergerak selepas asar..Flight kami akan berlepas dari KLIA2 jam 8.30 malam dan dijangka tiba di Baiyun Airport Guangzhou jam 12.30 malam..lewat tuuuu..huhu.. 

Sebenarnya masa yang kami ada antara sampai di airport dan boarding sangat ngam2..dengan proses check in yang agak mengambil masa disebabkan adik kami yang plan asalnya ingin membawa anaknya tetapi membatalkan hasrat itu saat akhir dek kerana memikirkan anak yang masih kecil.. Tambahan pula, ini kali pertama kali kami menaiki pesawat melalui KLIA2 yang memang sangat luas dan lagiiii memenatkan, gate kami untuk departure yang last skali..mak aihhhh nk tercabut kaki berjalan..

     ini gambar di KLIA2 sebelum berlepas....Mad, Huda, Umi, Mama dan Ayah di belakang ;)
                                        
Alhamdulillah perjalanan kami berjalan lancar dan kami touch down di Baiyun Airport Guangzhou sebagaimana masa yang dijadualkan..Kami segera keluar memandangkan flight kami adalah flight terakhir malam tu untuk mengejar bas yang dijadualkan ke East Railway Station. Kami keluar dari airport kira-kira jam 1.20pagi..Waktu di sana sama seperti di Malaysia so tak perlu ubah setting jam..Legaa hati melihat adik kami Hasan, yang menaiki flight terdahulu ada menunggu di airport..



Baiyun Airport Guangzhou

okk, maka bermulalah pengembaraan kami di negara China tanpa pandai sepatah haram bahasa China..hahaha..  Keluar dari airport, angin sejuk menerpa muka..fuhhh sejuk bangat..mujur dah standby dengan baju sejuk...anak-anak pun segar aje mata walaupun jam sekitar 1.30 pagi..di luar airport, bersusun bas yang semua bertulisan cina..alamak...ikut teorinya kami sepatutnya menaiki bas di Line 6A untuk ke Guangzhou East Railway Station yang menjadi landmark untuk sampai ke hotel yang kami tempah..namun bayang Line A pun tak nampak..aku, adik dan en husband cuba bertanya kepada polis dan staff yang ada namun seorang pun tidak faham kami bercakap dalam Bahasa Inggeris walaupun just a simple word..perghhh mula pening da ckit..ok sabar-sabar...adikku Hasan memberitahu ada seorang polis menunjukkan bas yang berada di hadapan kami itu yang kami perlu naiki..memandangkan keadaan yang agak kelam kabut dan bas pula mula hendak bergerak, kami terus naik dalam kepeningan dan tidak pasti..cuak jugak sebenarnya..hahaha....

Sedang elok tayar bas bergolek, barulah aku ternampak label Line 6A..uwaaaaa da salah bas ker??? ok cooollllll...Konduktor bas minta bayaran 20yuen (lebih kurang RM10).based on pembacaan aku, bayaran untuk ke Guangzhou East Railway Station memang 20yuen..ok, mungkin betul bas ini..konon nak sedapkan hati..dalam perjalanan itu juga, aku cuba bertanya kepada penumpang warga cina di sebelah aku..walaupun dia tidak faham bahasa Inggeris, namun melihat peta yang aku tunjukkan, dia anggukkan kepala meyakinkan aku tidak menaiki bas yang salah dan memberikan isyarat supaya mengikutinya turun kelak.ok..lega sekejap...

Selepas setengah jam, bas berhenti di sebuah hentian..amoi tu bagi isyarat ikut dia turun di situ maka kami semua turutkan aje..suasana yang asing dengan signboard dalam bahasa cina yang memang kami tak faham,terpinga-pinga sekejap..amoi tu pulak dah lesap entah ke mana..aduss..sedang duk tercangak-cangak melihat tempat, ternampak label hotel Guangzhou Southern Airlines Pearl Business Hotel..Masyaallah kompem salah tempat sebab sekarang kami berada di Guangzhou Railway Station, bukannya Guangzhou East Railway Station..Mujurnya aku perasan nama hotel tu memandangkan semasa membuat carian hotel, aku pernah survey hotel berkenaan..

Mujur masih ada teksi di situ jadi tanpa fikir panjang, terus tunjukkan alamat hotel kami pada teksi dan mereka bersetuju bawa kami ke sana.memandangkan kami lapan orang maka kami menggunakan dua buah teksi..Alhamdulillah akhirnya sampai juga kami ke apartment yang kami tempah selepas perjalanan kira-kira 15 minit iaitu Lilac International Suites Guangzhou. Kami ambil apartment tiga bilik dengan harga sekitar  RM 978.20 untuk berada 3 malam di situ.Harga yang sangat berbaloi dan apartment yang cukup selesa bagi kami.Semua hotel yang kami tempah semasa berada di Guangzhou, Hong Kong dan Shenzen adalah menggunakan khidmat Agoda.Com.
Lilac International Suites Guangzhou (imej dari google)

Sampai hotel, dah penat sangat terus zzzz aje semua.Gambar hotel tak pasti ada ke tidak dalam simpanan..kalu jumpa insyaallah akan di tepek di sini semula..so esok perjalanan akan bersambung lagi...:D 
             
Ini info yang aku dapat dari pembacaan:
(*****Distance between baiyun international airport and guangzhou east railway station is 41.77 Km. Travel time from baiyun international airport and guangzhou east railway station is 41 Minutes.
Price between RMB126-RMB151******
Others info: Bus Line 6C will stop area Teemall and Grandview Plaza. Timetable is 00:30am, 1:00am, 1:30 am, 2:00am, the last bus is after 2am, after that you take the taxi to our hotel, cost may around RMB20

No comments: