Friday, May 13, 2016

Lambaian Kaabah (Siri 8) - Istanbul

....sambungan....

28 Disember 2016

Kami mengambil keputusan untuk bergerak ke airport jeddah pada malam ini walaupun  flight kami ke Istanbul adalah pada jam 10.35 pagi esok. Asalnya kami bercadang untuk bergerak jam 3.00 pagi, tapi risau sebarang kemungkinan yang tidak terjangka, jadi baik kami lepak sahaja di airport.

Jam 10.00 malam, kami semua masuk ke Masjidil Haram untuk melakukan tawaf Wida'. Ayah mengingatkan kami supaya mempersiapkan semua barang terlebih dahulu dan selesai tawaf nanti hanya masuk ke bilik untuk mengambil bagasi sahaja. Alhamdulillah jam 11.00 malam kami selesai tawaf wida' dan terus balik ke hotel mengambil beg dan menunggu Van yang telah kami booking di lobi hotel..Tepat jam 12.00 Van sampai di hadapan hotel.

Van ni dah muat untuk 10 orang dengan bagasi yang telah beranak..hihi
Sementara menunggu flight ke Istanbul

Di sinilah kami lepak dari jam 2.00 pagi sehingga la flight kami ke Istanbul jam 10.35 pagi. Sempat juga group wanita tidur sekejap di surau airport manakala group lelaki kekal di situ untuk menjaga barang-barang.

Air zam-zam pula boleh dibeli di airport Jeddah sahaja. Jadi mudahlah jemaah tidak perlu mengangkut air zam-zam dari Mekah. Kaunter pembelian air zam-zam ada di luar pintu masuk airport. Untuk penerbangan ke Istanbul, kami menaiki Saudi Airlines juga di Terminal Selatan..Di sini memang tidak kelihatan jemaah umrah dari Malaysia kerana majoriti jemaah umrah pulang ke Malaysia melalui Terminal Hajj. 

Kami tiba di Attartuk Airport kira-kira jam 1.30 petang..Namun disebabkan kelewatan bagasi, hampir jam 3.00 petang baru boleh bergerak ke hotel. Terasa sangat rugi masa yang berlalu kerana kami akan  berada di Istanbul hanya untuk dua malam sahaja. Keluar dari airport, kesejukan mencengkam kulit. Suhu dianggarkan pada masa itu dibawah 10 darjahcelcius..Malang nasib kami disebabkan kelewatan keluar dari airport, van yang telah di 'booking' awal pun telah pergi. Kami terpaksa mencari van lain untuk pergi ke hotel. 

Hotel yang kami tempah di Sultanahmet ialah Esra Sultan Petrol Hotel dengan kadar Euro158 semalaman untuk bilik bertiga. Aku booking hotel ini melalui booking.com. Lokasi hotel ini tersangat strategik serta cukup selesa. Semasa menginap di sini, terdapat juga rakyat Malaysia berada di hotel ini. 

Stesen tram Sultanahmed pula btul-betul berada di hadapan hotel..Dari pintu bilik memang boleh nmpak tram berhenti.Memang berbaloi sungguh tempah hotel ni.

Gambar ihsan google..
Tram dapat dilihat dari bilik hotel
Ini pun diambil dari bilik. Itu Masjid Biru tau..dekat sangat...
Walaupun sangat letih tapi kami semua sungguh teruja..Semasa kami check in hotel, staff di kaunter ada memaklumkan bahawa esok dijangka salji akan turun. Pada malam ini sebenarnya kami dah boleh tengok baby snow..wahhh memang rezeki sungguh..Tidak banyak yang kami boleh buat kerana pada musim sejuk, malam bermula seawal jam 5.00 petang jika tidak silap ingatan saya. Jadi kami jalan-jalan di sekitar hotel kemudian pergi makan sahaja pada malam itu.

Makan ajelah ala kadar maklumlah menu Turki..hihi
Sempat selfie dalam lift hotel yang sangat klasik..hihi



Lambaian Kaabah (Siri 7)

....sambungan...

26 Disember 2015

Kami berhajat untuk menunaikan umrah kali ketiga pada hari ini. Untuk berniat umrah kali ini, kami memilih untuk berniat ihram di Masjid Hudaibiyyah. Dalam perjalanan ke masjid, kami singgah terlebih dahulu di Muzium Mekah dan juga  Ladang Unta. Bayaran yang dikenakan untuk kami bagi trip ini sebanyak 150sr sahaja untuk 10 orang. Ini kerana kami menumpang bas jemaah lain yang kebetulan juga ingin ke sana. Alhamdulillah Allah SWT permudahkan urusan ziarah dan umrah kami..

Berlatarbelakang Pintu Kaabah
'Cover' Hajjarul Aswad
'Cover'  telaga zam-zam
Lawatan ladang unta
Di ladang unta inilah kami memborong susu unta. Pesan mutawwif yang mengiringi kami, jangan minum terus susu unta dengan kuantiti yang banyak kerana bimbang akan cirit..Aku memang tak berani mencuba..huhu..namun suami minum juga susu di sana selain membelinya untuk dibawa balik ke hotel.  Harga susu sebotol mineral kecil lebih kurang 350ml  cuma 5 riyal sahaja.



Lambaian Kaabah (Siri 6)

 ....sambungan...

23 Disember 2016

Pagi ini kami mengambil peluang untuk ke Jabal Tsur (sekitar 5 km dari Kota Mekah), Jabal Rahmah (terletak di bahagian timur Arafah), Mina & Arafah (5 km dr Kota Mekah), Muzdalifah serta Jabal Annur (kira-kira 8.2 km dari Kota Mekah).

Seperti biasa, kami mencari sendiri pengangkutan untuk trip ziarah tapi kali ini dengan bantuan staff hotel. Ini kerana prebet sapu agar sukar kelihatan lalu di hadapan hotel kami iaitu di Jalan Ajyad. Ini mungkin kerana jalan itu dimonopoli oleh golongan teksi yang pastinya kadar yang diambil agak tinggi berbanding prebet sapu.Tambahan pula kami seramai 10 orang jadi kami perlukan van untuk bergerak. Kadar yang diambil oleh untuk trip ziarah ini berjumlah 200sr sahaja.

Kenangan di Jabal Rahmah
bersama suami
Umi Ayah tercinta

Suamiku, Aziz, Linda dan adik beradiknya memilih untuk memanjat Jabar an-Nur manakala aku,ayah, umi dan mama kembali semula ke Masjidil Haram untuk solat zohor.

Menurut suamiku, mereka mengambil masa kira-kira dua jam untuk perjalanan naik dan perjalanan turun Jabal an-Nur.

Pandangan dari atas Jabar an-Nur
Jabal Nur dan Gua Hira ini sangat penting dalam sejarah Islam kerana di gua inilah Nabi Muhammad saw menerima wahyu yang pertama iaitu surah Al'Alaq dari ayat 1-5 pada hari Isnin 17 Ramadhan. Dikala Muhammad tengah khusyuk bertafakur, baginda menerima wahyu pertama yang disampaikan oleh Malaikat Jibril.


“Bacalah, dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Paling Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.” (QS Al-Alaq: 1-5).

Lambaian Kaabah (Siri 5)

...sambungan

21 Disember 2015

Kami bergerak dari Kota Madinah untuk ke Mekah selepas solat zohor dengan menaiki Van Hiace 12 seater. Muatlah untuk kami seramai 10 orang bersama-sama beg. Kadar bayaran yang diambil untuk perjalanan ini ialah 700sr.

Kami singgah bermiqat di Bir Ali (Zulhulaifah). Jemaah lelaki perlu menukar pakaian kepada pakaian ihram di sini. Seterusnya kami berniat ihram dan solat sunat sebelum meneruskan perjalanan ke Mekah. Kedudukan Bir Ali ini sekitar 12km sahaja daripada Kota Madinah.

Semasa di Bir Ali

Memandangkan kami bertolak selepas zohor dan belum lagi makan tengah hari, jadi kami meminta pemandu van untuk memberhentikan kami di mana-mana tempat perhentian untuk makan. Sebenarnya nasi kami telah beli siap-siap di Madinah sebelum bertolak tadi. Cuma perlu berhenti untuk makan sahaja.

Ayah, suami dan adik (Aziz)
Umi dan Mama
Selesai makan, kami meneruskan perjalanan merentasi padang pasir ke Mekah yang mengambil masa sekitar 7-8 jam untuk sampai.

Sampai sahaja di Mekah, kami terus check in hotel yang telah ditempah iaitu Hotel Dar Al-Ghufran. Hotel ini adalah hotel bajet. Jaraknya pula kira-kira 200 meter sahaja dari Masjidil Haram. Hotel ini betul-betul bersebelahan dengan Hotel Le Meridian. Lokasi yang sangat strategik bagi kami kerana di hadapan pintu hotel, terdapat kedai runcit. Mudahlah untuk kami membeli keperluan kerana selain membeli makanan di kedai, kami juga kerap memasak. Bosan juga setiap hari makan nasi arab.

Selesai meletakkan beg dan mengemaskan diri sekejap, kami terus masuk ke Masjidil Haram untuk menunaikan ibadat umrah. Bimbang juga juga ditangguhkan akan dikenakan dam sekiranya terbuat perkara-perkara yang dilarang ketika dalam ihram umrah. Ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 10.00 malam. Kami mulakan dengan tawaf, saie dan seterusnya bercukur....Alhamdulillah dengan izin Allah, sempurnalah ibadat umrah kami yang wajib...Terima kasih Ya Allah...sungguh aku bersyukur kepadaMu kerana dengan izin Mu tercapai jua hasrat ku berada di rumahMu bersama-sama insan tersayang..






Lambaian Kaabah (Siri 4)

....sambungan

19 Disember 2016

Hari ini kami mencuri sedikit masa untuk menziarahi Bukit Uhud, Masjid Qiblatain dan Masjid Quba. Kami menahan coaster yang lalu di hadapan hotel dengan kadar bayaran 150sr untuk ziarah tempat-tempat tersebut. Sebenarnya mudah sahaja untuk dapatkan prebet sapu di Madinah. Kami agak beruntung kerana ada ayah yang boleh tawar menawar harga dengan pak arab. Jika kami yang Bahasa Arab nya agak kelaut, agak susah juga untuk dapatkan harga yang lebih murah barangkali.

Di Bukut Uhud.
Kami membeli kurma nabi di pasar Bukit Uhud ini sahaja. Harganya lebih murah dan buahnya pun kelihatan masih fresh.Kami dapat dengan harga 35sr sekilogram.

Kami kembali semula ke hotel ngam-ngam waktu solat Zohor. Alhmdulillah....

Memandangkan kami tidak pergi dengan pakej, jadi kami perlu mencari makanan sendiri selain daripada memasak di bilik hotel. Tempat makan tidak banyak yang dekat dengan Masjid Nabawi. Yang aku jumpa, satu medan selera yang berada betul-betul di belakang Hotel Dar Al-Taqwa tapi agak mahal juga harga nasinya..Jika dari masjid, kita perlu keluar melalui pintu 22 atau 25 untuk sampai ke medan selera tersebut.

Medan Selera
Kedudukan betul-betul di belakang Hotel Dar Al-Taqwa
Jika ingin mendapatkan makanan dengan harga yang lebih murah dan kuantiti juga banyak, terdapat kedai makan di belakang Hotel Crown Plaza. Namun perlu melintasi jalan besar di belakang Hotel Crown Plaza..Kedai tersebut berhampiran dengan Masjid Bilal..

Dataran di hadapan Masjid Bilal yang banyak sangat merpati.

Selain daripada nasi, banyak juga kedai-kedai yang menjual kebab. Ada kebab ayam, kebab daging dan kebab telur. Hampir setiap hari jugalah kami membeli kebab walaupun bukanlah sedap sangat.hihi... Musim sejuk di Madinah menjadikan kami seolah-olah ketagihan teh susu panas yang sangat terkenal di sana.Nikmat sungguh meneguk air teh tersebut di kala cuaca sejuk mencengkam kulit..

Shai bil halab (Teh dengan susu)





Saturday, May 7, 2016

Lambaian Kaabah (Siri 3)

....sambungan...

Kira-kira jam 10.00 malam waktu Saudi, flight kami landing dengan selamatnya di Jeedah airport. Turun aje flight, kami lihat ada dua buah bas menunggu untuk pick up jemaah ke terminal..Sebenarnya terminal di Jeddah ni ada 2 terminal berbeza iaitu Terminal Hajj dan Terminal Selatan (South Terminal). Terminal Selatan juga dikenali sebagai Terminal Saudi yang mana penerbangan untuk destinasi domestik adalah dari terminal tersebut. Jadi kami sepatutnya menaiki bas ke Terminal Selatan (Terminal Saudi) memandangkan kami mempunyai connection flight di sana untuk ke Madinah.

Malangnya kami telah dipaksa untuk menaiki bas ke terminal Hajj dengan alasan kami adalah pemegang visa umrah. Masuk terminal Hajj, ramai jemaah sedang menunggu giliran untuk melepasi imigresen. Memandangkan kami perlu mengejar pesawat yang akan berlepas kurang 3 jam dari tempoh yang ada, maka kami bergegas mencari staff airport dan memaklumkan situasi group kami..

Alhamdulillah kami mendapat bantuan dan dipermudahkan urusan malah staff airport membuka laluan khas untuk group kami sahaja bagi mempercepatkan urusan imigresen. Kira-kira 15 minit, urusan cop pasport selesai untuk group kami. Kami bergegas mencari bagasi pula kerana bimbang bagasi juga dihantar ke Terminal Hajj walaupun semasa di KLIA telah dimaklumkan bahawa bagasi akan di transfer ke Terminal Selatan. Agak kelam kabut juga kami memeriksa kerana beg-beg tersangat banyak dilonggokkan mengikut no flight yang kita naik.

Setelah pasti beg kami tiada di Terminal Hajj, kami segera keluar dari airport mencari teksi atau prebet sapu untuk membawa kami ke Terminal Saudi. Kami menaiki prebet sapu GMC dengan bayaran 350sr dan mengambil masa 30 minit untuk sampai ke Terminal Saudi. 

Tiba di sana, kami terus ke international arrival untuk mengambil beg kami yang memang telah dihantar ke situ. Kami rushing lagi untuk drop balik beg kami bagi domestik flight ke Madinah. Walaupun jam menunjukkan jam 2 pagi, namun mata memang tidak mengantuk kerana berlari ke sana ke mari..huhu..

Kami sampai di Madinah jam 3.00 pagi. Syukurnya bas yang di'booking' lebih awal telah menunggu. Perjalanan dari airport Madinah ke Kota Madinah tidak sampai satu jam..Malangnya driver bas pula tidak jumpa hotel yang telah kami tempah.Dugaan untuk kami barangkali...Hampir satu jam juga bas berpusing-pusing sehinggalah masuk waktu subuh. Aku dan ayah mengambil keputusan untuk mencari dengan berjalan kaki berdasarkan gambaran kedudukan hotel yang diberikan oleh agent yang menjadi orang tengah bagi urusan tempahan hotel. Dengan izin Allah, sekejap sahaja kami jumpa hotel tersebut..syukur padaMu Ya Allah....

Kami menginap di Makarem Plaza Hotel, Madinah yang berlokasi kurang 100 meter dari pintu nombor 5 Masjid Nabawi. Bagi Jemaah lelaki memang kedudukan hotel ini sangat dekat, namun untuk jemaah wanita perlu berjalan lebih sedikit. Sepanjang berada di Madinah, cuaca sejuk dan sangat nyaman. Kata ayah, bulan Disember memang waktu yang sangat nyaman dan selesa untuk buat ibadat umrah.  

Bersama ibunda tercinta dalam Masjid Nabawi
Bersama suami di hadapan Hotel
Syukur sangat dapat jejak kaki di sini bersama-sama mereka....

Thursday, May 5, 2016

Lambaian Kaabah (Siri 2)

 Bermula kembara kami...


16 Disember 2015...


Hari yang di nanti-nanti akhirnya tiba..malam tadi lagi aku dah siap-siap check in..Penerbangan kami dijadualkan 6.00 petang..Sekitar jam 4.00 petang, kami semua dah berada di KLIA untuk collect boarding pass dan drop bagasi..Alhamdulillah segalanya berjalan lancar...

Agak berdebar juga sebenarnya kerana tiket yang kami beli bukan direct dengan Saudi Airlines.
Dalam keghairahan untuk sampai di tanah haram, sayu juga hati kerana terpaksa meninggalkan anak-anak kepada Kak Long. Tidak pernah berpisah dengan mereka lagi sehingga ke hari ini..Mengalir jugalah air mata..

Penerbangan kami terus ke Madinah namun perlu transit di Jeddah. Berdasarkan nombor flight Saudi Airlines, kami tahu yang kami perlu menukar pesawat di Jeddah untuk ke Madinah.Semasa kami drop beg di kaunter, staff Saudi Airlines di kaunter telah memaklumkan kepada kami bahawa kami perlu collect bagasi kami di Terminal Selatan dan perlu check in balik bagasi tersebut untuk penerbangan domestik. Manakala boarding pass flight Jeddah ke Madinah terus diserahkan kepada kami semasa di kaunter KLIA.

Bekalan yang dibawa...
Menu dalam flight..
Menu dalam flight..
tengok ini ajelah..
Ini untuk jemaah yang akan terus memasuki Mekah, perlu bermiqat di atas flight


Secara keseluruhannya, aku berpuasa hati dengan layanan staff Saudi Airlines, menu yang disediakan dan yang paling seronok tempat kami bersebelahan dengan ruang solat dan tandas.. Alhamdulillah..;)



Lexis Port Dickson


Bercuti dengan anak-anak lagi....

Cni pun best..bilik luas ada dua katil queen, konsep water chalet, dan paling syok breakfirst nye sedappppp serta banyak pilihan..








Awana Genting Highland


Bawa anak-anak ke sini untuk ganti balik tinggalkan mereka semasa buat umrah tempoh hari ;)

Idea yang menarik  dari rakan rapat untuk ke hotel ini.. Puas hati anak-anak dapat mandi-manda sebab swimming pool hotel ni airnya suam..berendam lama-lama pun tak sejuk.jenuh pula mengajak mereka keluar dari  kolam tu..hihi..

Bilik hotel pun luas..ada 2 katil queen..memang sesuai untuk percutian bersama family...Jika ingin menaiki kereta kabel, hotel ini turut menyediakan shuttle bus dari hotel ke stesen kereta kabel. Free sahaja..Jadual shuttle bus juga ada ditampal di bus stop hotel.











1 Malam di The Lagend Resort, Cherating


Sempena cuti 1 Mei 2016..

Layan gambar aje ;)