28 Disember 2016
Kami mengambil keputusan untuk bergerak ke airport jeddah pada malam ini walaupun flight kami ke Istanbul adalah pada jam 10.35 pagi esok. Asalnya kami bercadang untuk bergerak jam 3.00 pagi, tapi risau sebarang kemungkinan yang tidak terjangka, jadi baik kami lepak sahaja di airport.
Jam 10.00 malam, kami semua masuk ke Masjidil Haram untuk melakukan tawaf Wida'. Ayah mengingatkan kami supaya mempersiapkan semua barang terlebih dahulu dan selesai tawaf nanti hanya masuk ke bilik untuk mengambil bagasi sahaja. Alhamdulillah jam 11.00 malam kami selesai tawaf wida' dan terus balik ke hotel mengambil beg dan menunggu Van yang telah kami booking di lobi hotel..Tepat jam 12.00 Van sampai di hadapan hotel.
Van ni dah muat untuk 10 orang dengan bagasi yang telah beranak..hihi |
Sementara menunggu flight ke Istanbul |
Di sinilah kami lepak dari jam 2.00 pagi sehingga la flight kami ke Istanbul jam 10.35 pagi. Sempat juga group wanita tidur sekejap di surau airport manakala group lelaki kekal di situ untuk menjaga barang-barang.
Air zam-zam pula boleh dibeli di airport Jeddah sahaja. Jadi mudahlah jemaah tidak perlu mengangkut air zam-zam dari Mekah. Kaunter pembelian air zam-zam ada di luar pintu masuk airport. Untuk penerbangan ke Istanbul, kami menaiki Saudi Airlines juga di Terminal Selatan..Di sini memang tidak kelihatan jemaah umrah dari Malaysia kerana majoriti jemaah umrah pulang ke Malaysia melalui Terminal Hajj.
Kami tiba di Attartuk Airport kira-kira jam 1.30 petang..Namun disebabkan kelewatan bagasi, hampir jam 3.00 petang baru boleh bergerak ke hotel. Terasa sangat rugi masa yang berlalu kerana kami akan berada di Istanbul hanya untuk dua malam sahaja. Keluar dari airport, kesejukan mencengkam kulit. Suhu dianggarkan pada masa itu dibawah 10 darjahcelcius..Malang nasib kami disebabkan kelewatan keluar dari airport, van yang telah di 'booking' awal pun telah pergi. Kami terpaksa mencari van lain untuk pergi ke hotel.
Hotel yang kami tempah di Sultanahmet ialah Esra Sultan Petrol Hotel dengan kadar Euro158 semalaman untuk bilik bertiga. Aku booking hotel ini melalui booking.com. Lokasi hotel ini tersangat strategik serta cukup selesa. Semasa menginap di sini, terdapat juga rakyat Malaysia berada di hotel ini.
Stesen tram Sultanahmed pula btul-betul berada di hadapan hotel..Dari pintu bilik memang boleh nmpak tram berhenti.Memang berbaloi sungguh tempah hotel ni.
Gambar ihsan google.. |
Tram dapat dilihat dari bilik hotel |
Ini pun diambil dari bilik. Itu Masjid Biru tau..dekat sangat... |
Walaupun sangat letih tapi kami semua sungguh teruja..Semasa kami check in hotel, staff di kaunter ada memaklumkan bahawa esok dijangka salji akan turun. Pada malam ini sebenarnya kami dah boleh tengok baby snow..wahhh memang rezeki sungguh..Tidak banyak yang kami boleh buat kerana pada musim sejuk, malam bermula seawal jam 5.00 petang jika tidak silap ingatan saya. Jadi kami jalan-jalan di sekitar hotel kemudian pergi makan sahaja pada malam itu.
Makan ajelah ala kadar maklumlah menu Turki..hihi |
Sempat selfie dalam lift hotel yang sangat klasik..hihi |