Saturday, April 25, 2015

Guangzhou-Shenzen-Hong Kong (8 Dis-15 Dis 2014) Part 5

12 Dis 2014

 Check out Cosmic Guest House di Hong Kong untuk ke Shenzen....
Tunggu beli nasi sebelum gerak ke Shenzen
Untuk ke Shenzen, kami menaiki metro dari Stesen Tsim Sha Tsui ke Hung Hom kemudian ke stesen terakhir Lo Wu yang bersempadan dgn Shenzen.
Tiba Shenzhen, stesen LouHu, kami ambil Metro Line 1-LuoBao Line 1 dan turun di Laojie Station (老街站)

Boarder Hong Kong nak masuk Shenzen
Di Shenzen, kami menginap di Sunon Hotel (rate sekitar RM150/night). Sunon hotel berada di kedudukan yang sangat strategik.Tempat makan senang, untuk ke Dongmen Pedestrian Street pun jalan kaki tak sampai lima minit.

****Jika dari Stesen Laojie Station Exit A,C atau E untuk ke di Dongmen Pedestrian Street yang mana ada tmpt makanan halal juga di situ.

Pas rehat sekejap di hotel, kami keluar ke Dongmen Pedestrian. Pusing-pusing tengok barang dan compare dengan harga di Guangzhou. Dari pemerhatian, aku lihat harga di sini bagi kategori patchwork, tuala, alas kerusi meja makan sebenarnya lebih murah dari tempat yang kami dah pergi di Guangzhou..So kat cni, kami ambil peluang sopinglah..Boleh tahan jugak la banyaknya..hehe..


Mall-mall yang berhampiran Sunon Hotel
Untuk ke tempat kedai makan halal sebenarnya setentang aje dari Sunon Hotel. Cross jalan ada ruang legar pejalan kaki, then pusing cikit sebelah kiri mall yang setentang Sunon Hotel tu, akan nampak kedai makan muslim..Menunya sama seperti Guangzhou iaitu mee tarik dan variasinya..hahaha..telan ajelah..sedap je pun..hihi

Dongmen Pedestrian ni bagi aku lagi meriah dari Shangxia Xiu Lu Pedestrian, Guangzhou..Barang-barang jualan lebih pelbagai dan banyak pilihan compare di Shangxia Lu yang lebih tertumpu kepada barangan seperti pakaian sahaja...Umi beli tuala dua dozen, alas kerusi makan tiga set, karpet patchwork, alas meja dan sarung bantal. Adik iparku, Huda pun banyak juga soping..Ayah lak dah dapat sepasang kasut.Aku beli jugak kasut untuk Abdullah yang sangat menjadi kegemarannya sehingga hari ini..memang berbaloi beli..maka kompemlah beg-beg kami beranak pas ini..huahuahua

Balik hotel dah lewat malam..sume terus pengsan tido..Esok akan sambung perjalan ke Guangzhou semula...

Friday, April 24, 2015

Guangzhou-Shenzen-Hong Kong (8 Dis-15 Dis 2014) Part 4

11 Dis 2014

DESTINASI – HONG KONG

Pas breakfirst, kami terus check out untuk gerak ke Hong Kong..train jam 10.37, boarding setengah jam sebelum.Kami gerak lebih awal untuk mengelakkan kemungkinan2 yang tak terjangka..

Ruangan menunggu sementara menaiki train
Train ke Hong Kong
Lebih kurang aje dengan train kita.Tapi sangat laju..ala2 ERL gitu..Train ni pulak 2 tingkat.
Sampai di Hong Kong, kami turun di Stesen Hum Hom..Sebelum melepasi imigresen Hong Kong, kami perlu menjalani saringan kesihatan..mujur kami semua sihat.anak-anak pun tidak batuk dan selsema walaupun berubah cuaca di tambah dengan asyik berjalan tanpa kira siang dan malam..Keluar dari stesen Hum Hom, kami mencari metro untuk ke Cosmic Guest House.
Laluan bawah tanah metro
Bagi mereka yang nak stay dan round lama di Hong Kong menggunakan metro, eloklah membeli octopus card.

(Harga kad adalah HKD150 dan had penggunaan adalah HKD100. Baki HKD50 adalah deposit dan akan di pulangkan selepas kita refund kad tersebut di semua kaunter MTR. Apabila kita refund kad tersebut, mereka akan pulang tunai HKD43 dan baki HKD7 akan digunakan untuk management fee)

Untuk ke Cosmic Guest House:
- To come to our guesthouse from Hung Hom Train Station, you would take the MTR West Rail Line from Hung Hom Station to East Trsim Sha Tsui Station.

- Once you exit the gates at East Trsim Sha Tsui Station, take the Moving Walkway and follow the sign to N4 Exit - K11 Art Mall. You will see restaurants, shops, a set of escalators and elevators. Take yourself 2 floors up to the ground level. Walk out the building, and you will find our building west side just next to K11.

- Our building is equipped with 3 sets of elevators. Do not take the set for of elevators cargos. Take the set that is nearest to Nathan Road entry. Take the elevator that goes to 12/F (there are two elevators, one goes to odd floor, one goes to even floor). When you exit at the 12/F, you should see us on your right hand side.

So kami ikut aje instruction yang diberi..memang senang sangat nak cari..Bangunan tu hanya setentang dengan K11 Art Mall tu.
Depan Mall K11 duk tengok map mencari hala tujuan ;)

budak tak duduk diam...
Cosmic Guest House dalam Bangunan ini..
Kat Hong Kong ni senang aje..Signboard bersepah-sepah.Orangnya pun fasih berbahasa Inggeris.jadi tak ade masalah untuk komunikasi. Tak jauh dari Bangunan Mirador Mansion tu ada Masjid Kowloon..Besar dan sangat selesa..Huhu.. kagum jap di negara kapitalis yang minoriti Islam ni, masjid gah terbina..

Pas check in masuk hotel, rehat2 sekejap kami keluar balik..rugi lah masa jika duk lepak aje di bilik kan..nama lagi berjalan..hehe..Bilik di Cosmic Guest House ni sempitttt sangat..Tapi ok ajelah untuk tidur..Harga hotel di Hong Kong ni mahal.yang cikai2 camni pun semalam rate dalam RM200++

umi dan ayah tercinta....
bilik memang sempit.nak solat pun kene atas katil..huhu
jejalan sekitar Nathan Road
anak-anak yang baik
senang sbb signboard sepah-sepah
masjid Kowloon
nenek mengasuh cucu
with the person i love most
Jalan kaki ke Avenue Of Stars dan tengok lampu yang dimainkan tepat jam 8.00 mlm

Makanan halal area cni pun banyak.So tak perlu risau bab makan..Depan masjid tu siap ada baner2 promosi kedai makan Islam..Kebanyakkan style nasi arab..Memang sedap..Kami berjalan sampai malam.Pusing2 area citu sahaja..Plan asal sebenarnya esok nak ke Masjid Ammar dan Osman Ramju Sadick Islamic Centre yang tidak jauh dari Stesen Wan Chan. Namun plan di batalkan kerana kami perlu melepasi beberapa stesen yang lokasinya tidak jauh dari tempat demonstrasi (kebetulan masa kami pergi, Hong Kong akan menghadapi pihan raya yang mana rakyatnya sedang membuat beberapa tuntutan dan mereka telah melakukan demonstrasi di beberapa tempat).

Guangzhou-Shenzen-Hong Kong (8 Dis-15 Dis 2014) Part 3

10 Dis 2014 

Pagi ni sarapan dengan nasi lemak tauuuu..tulah fungsi garam yang kami beli semalam;D..Makan dengan sambal dalam tin yang kami bawak bekal, serunding, ikan kering dan air milo..walaupun cmtu aje menu sarapan kami, tapi makan tetap banyak..sedap tau makan nasi panas2 dengan kedaan yang sangat sejuk terutama di waktu pagi..lahai belum pergi negara da salji lagi..hahaha
Inilah sarapan kami..hehehe..tu roti yang beli kat restoran muslim semalam..keras wehhh.macam roti Perancis tu.. 
Hari ni, sebelum pergi ke tempat lain, kami terlebih dahulu pergi ke kaunter untuk membeli tiket ke Hong Kong bagi perjalanan keesokan hari..Kaunter tiket train ke Hong Kong perlu naik ke tingkat dua di Guangzhou East Railway Station.Tak susah pun cari sebab ada signboard dalam bahasa Inggeris.. Hong Kong juga dikenali dengan nama Kowloon..
beratur amik tiket
Harga tiket untuk ke Hong Kong dari Guangzhou East Railway Station sekitar RM77 iaitu HK190/RMB150. Train Kami ialah pada 11/12/2014 jam 10.37pagi. Coach no 2 .No seat pun ada..senang aje nak faham kan..;)
tiket train ke Hong Kong
Selepas beli tiket barulah kami jelajah wholesale di Line 5

DESTINASI 1- FU LI KIDS WORLD &ZHONGSHANBA CHILDREN

Dari Subway di Guangzhou East Railway Station, kami naik tren ke stesen Zhongshanba di Line 5 untuk ke Fu Li Kids World dan Zhongshanba Children.

Fu Li Kids World
Address: Zhong shan ba lu 中山八路富力广场
Metro: Line 5 to Zhongshanba station. Exit A, turn left and walk about 200 metres. Then you'll see the market on the corner across the street.
sangat luasss
beginilah jadi bila takde stroller
Zhongshanba children's garment market
Address: Zhong Shan Ba Road 97#.
中山八路97号荔湖大厦
Metro: Line 5 to Zhongshanba station. Take exit A, cross the street and 200 metres on your right you will find the entrance.

Tidak jauh dari Fu Li Kids World tu kami jumpa tempat makanan halal.jika dari Fu Li Kids World tu, susur je bangunan sebelah kiri mall tu akan jumpa kedai muslim di situ.so lunch kami di situlah. Menunya sama seperti semalam iaitu me tarik..rasanya sama aje ngan kedai mee tarik kat Pekan Sungai Besi tu..

Memandangkan sudah masuk waktu zohor, jadi kami mula mencari tempat untuk solat..Asalnya kami ingat nak solat di kedai tersebut sahaja, tapi dengan ruang yang sempit dan kami perlu solat di dalam kedai tempat makan itu juga walaupun diberikan sejadah, kami mengambil keputusan untuk mencari masjid kedua yang kami dapat infonya melalui blogger2 lain..tanya tuan kedai, mereka pun tak tahu mana masjid..haishhhh...

Dari situ, kami kembali ke subway dan turun di stesen subway Yuexiu Park untuk mencari Masjid Saad bin Abi Waqas...Berdasarkan maklumat terhad yang kami ada, berpusing-pusing kami mencari masjid itu namun gagal juga jumpa. Semasa mencari majid, ayah ada terjumpa sebuah restoran halal sekitar situ, ownernya membawa ayah separuh jalan untuk menunjukkan masjid..namun masih juga kami gagal jumpai.mungkin masjidnya agak tersorok di sebalik bangunan yang besar-besar..kesudahannya kami solat sahaja di kaki lima bangunan memandangkan hari sudah makin lewat..
mak inilah kejadiannya.....
Ok, ini maklumat restoran makanan halal di sekitar stesen subway Yuexiu Park

Arabian Nights Restaurant
一千一夜餐厅
Address: No.899, Jiefang North Rd, Yuexiu District, Guangzhou
越秀区解放北路899号锦洲国际商务中心1楼Tel: 020-36182280
Metro: Line 2 , Get off at Yuexiu Park Station , Exit E,2 minutes walking

Moon Boat
月光船餐厅Address:No 978, Jiefang North Rd, (Close Yuexiu Park) Yuexiu District, Guangzhou
越秀区解放北路978号(近越秀公园)Tel: 020-86679512
Metro: Line 2, Get off at Yuexiu Park station, Exiat A, walking about 2 minutes.

Ok....walaupun gagal jumpa masjid, kami tetap gigih meneruskan perjalanan..destinasi kami seterusnya ialah.........


DESTINASI 2: SHANGXIA XIU LU PEDESTRIAN ST.

Untuk ke Shangxia Xiu Lu Pedestrian St. perlu ambil Line 1 dan turun di Changshou Road menggunakan exit D.. Keluar aje dari stesen, dah nampak deretan kedai yang meriah..setentang dari stesen tu jugak ada kedai mee tarik muslim lagi..hehe tak susah kan cari kedai halal..

Baju-baju kat cni pun sangat murah..kami beli baju sejuk extra memandangkan yang kami bawa cuma sehelai seorang.beli stokin, topi untuk anak, baju tidur dan macam-macam lah.. Dah sudah soping barulah kami pergi makan dan selepas tu ambil train terus balik..penat wehhhh...

Layan gambar sekitar Shangxia Xiu Lu Pedestrian........................







Guangzhou-Shenzen-Hong Kong (8 Dis-15 Dis 2014) Part 2

9 Dis 2014 

Hari pertama di Guangzhou, kami plan untuk me'round' menggunakan 

metro (train) di Line 1.
kenangan di Lilac International Suites
1st day mencari-cari arah ke Metro
Dari hotel a.k.a apartment yang kami bermalam hanya perlu berjalan sekitar lima minit untuk ke Guangzhou East Railway Station..Dekat sangattt... Kami memilih untuk mencari hotel di sekitar stesen ini memandangkan kami akan menggunakan metro (train) sebagai transport utama kami. Tambahan pula, untuk ke Hong Kong kami akan menaiki train dari stesen ini. Guangzhou East Railway Station ni agak besar..lebih kurang Terminal Bersepadu selatan kottt...

Bagi tujuan menaiki metro ini, kami telah membeli Kad Ca Yong Tan Cheng yang bernilai RMB70. RMB20 adalah untuk harga kad.manakala baki RMB50 boleh digunakan untuk tambang metro.

So tak perlu beratur untuk beli tiket setiap kali ingin menaiki metro. Sama je macam kita naik train di kL..


Inilah rujukan utama kami dalam menggunakan metro di Guangzhou

Destinasi 1: Highsun Fabric Market

Untuk ke Highsun Fabric Market kami perlu menaiki metro dari East Railway Station, ambil Line 1 untuk ke subway Martyrs’ Park.

Highsun Fabric Market ni sesuai untuk pembelian yang tidak banyak. Ada langsir, cadar patchwork yang glamer tu, kain sutera cina dan macam-macam lah.Tapi kami belum mula soping kononnya akan singgah balik ke sini untuk membeli..kononnya laaaa..

wefie japp
Highsun Fabric Market

yang tersayang
Syok berjalan sebab udara sejuk walaupun ada matahari. So tak berpeluh..jalan jauh pun kurang penat..hehehe..kagum kat my mum, dad n mama sebab gigih berjalan..hihi..

Ok nak sampai ke Highsun Fabric Market ni cmni:


Address:
Guangzhou Yan Jiang Dong Lu 429-431
广州市沿江东路429-431号,即海印桥西北引桥侧
By metro: Take line 1 to Martyr's park, take exit B3 and get a taxi from there.. Taxi will cost around 10 RMB

Destinasi 2: Masjid Huaisheng

Seterusnya kami ke Masjid Huaisheng dan makan, dari Subway Martyrs’ Park ke subway Ximenkou (masih di Line 1) iaitu kira-kira 550m dr stesen Ximenkou. Depan masjid tu ada kedai makanan halal.so kami makan-makan di situ selain beli juga roti untuk bekalan makan malam dan sarapan..Tak silap nama kedai makan tu ialah Boston Restaurant.Kedai runcit pun ada.kami siap beli garam sebab terlupa beli semasa di Kuala Lumpur..hehehe..bab garam ini untuk apa akan di sambung dalam Part 3 nanti..hahaha...Ok, senang aje nak cam kedai muslim ni sebab signboard nya hijau dan ada tulisan "halal" ikut arab..Kami solat jamak zohor dan asar di situ sebelum bergerak ke tempat seterusnya..

pintu masuk masjid
masjid Huaisheng
kenangan di masjid
dalam masjid
Gambar makan dan kedai tak ada lah pulak..kami tak melepaskan peluang makan satay kambing yang memang terkenal di Guangzhou..Memang sedap..hari ni pun pas dekat lima bulan dah masih teringat satay kambing tu...

Thursday, April 23, 2015

Guangzhou-Shenzen-Hong Kong (8 Dis-15 Dis 2014) Part 1

8 Dis 2014

Trip kali ini agak ramai..turut join umi ayah, mama (my mother in law), adik lelaki ,Hasan dan sorang lagi adik lelaki iaitu Mad dan isterinya, Huda juga of course kami sekeluarga..kami pergi tanpa menggunakan agency travel..memang gamble namun kami memang telah membuat banyak pembacaan agar trip berjalan lancar..al maklumlah ada orang tua dan ada anak kecik yang belum dua tahun ;)

Dari rumah di kL, kami bergerak selepas asar..Flight kami akan berlepas dari KLIA2 jam 8.30 malam dan dijangka tiba di Baiyun Airport Guangzhou jam 12.30 malam..lewat tuuuu..huhu.. 

Sebenarnya masa yang kami ada antara sampai di airport dan boarding sangat ngam2..dengan proses check in yang agak mengambil masa disebabkan adik kami yang plan asalnya ingin membawa anaknya tetapi membatalkan hasrat itu saat akhir dek kerana memikirkan anak yang masih kecil.. Tambahan pula, ini kali pertama kali kami menaiki pesawat melalui KLIA2 yang memang sangat luas dan lagiiii memenatkan, gate kami untuk departure yang last skali..mak aihhhh nk tercabut kaki berjalan..

     ini gambar di KLIA2 sebelum berlepas....Mad, Huda, Umi, Mama dan Ayah di belakang ;)
                                        
Alhamdulillah perjalanan kami berjalan lancar dan kami touch down di Baiyun Airport Guangzhou sebagaimana masa yang dijadualkan..Kami segera keluar memandangkan flight kami adalah flight terakhir malam tu untuk mengejar bas yang dijadualkan ke East Railway Station. Kami keluar dari airport kira-kira jam 1.20pagi..Waktu di sana sama seperti di Malaysia so tak perlu ubah setting jam..Legaa hati melihat adik kami Hasan, yang menaiki flight terdahulu ada menunggu di airport..



Baiyun Airport Guangzhou

okk, maka bermulalah pengembaraan kami di negara China tanpa pandai sepatah haram bahasa China..hahaha..  Keluar dari airport, angin sejuk menerpa muka..fuhhh sejuk bangat..mujur dah standby dengan baju sejuk...anak-anak pun segar aje mata walaupun jam sekitar 1.30 pagi..di luar airport, bersusun bas yang semua bertulisan cina..alamak...ikut teorinya kami sepatutnya menaiki bas di Line 6A untuk ke Guangzhou East Railway Station yang menjadi landmark untuk sampai ke hotel yang kami tempah..namun bayang Line A pun tak nampak..aku, adik dan en husband cuba bertanya kepada polis dan staff yang ada namun seorang pun tidak faham kami bercakap dalam Bahasa Inggeris walaupun just a simple word..perghhh mula pening da ckit..ok sabar-sabar...adikku Hasan memberitahu ada seorang polis menunjukkan bas yang berada di hadapan kami itu yang kami perlu naiki..memandangkan keadaan yang agak kelam kabut dan bas pula mula hendak bergerak, kami terus naik dalam kepeningan dan tidak pasti..cuak jugak sebenarnya..hahaha....

Sedang elok tayar bas bergolek, barulah aku ternampak label Line 6A..uwaaaaa da salah bas ker??? ok cooollllll...Konduktor bas minta bayaran 20yuen (lebih kurang RM10).based on pembacaan aku, bayaran untuk ke Guangzhou East Railway Station memang 20yuen..ok, mungkin betul bas ini..konon nak sedapkan hati..dalam perjalanan itu juga, aku cuba bertanya kepada penumpang warga cina di sebelah aku..walaupun dia tidak faham bahasa Inggeris, namun melihat peta yang aku tunjukkan, dia anggukkan kepala meyakinkan aku tidak menaiki bas yang salah dan memberikan isyarat supaya mengikutinya turun kelak.ok..lega sekejap...

Selepas setengah jam, bas berhenti di sebuah hentian..amoi tu bagi isyarat ikut dia turun di situ maka kami semua turutkan aje..suasana yang asing dengan signboard dalam bahasa cina yang memang kami tak faham,terpinga-pinga sekejap..amoi tu pulak dah lesap entah ke mana..aduss..sedang duk tercangak-cangak melihat tempat, ternampak label hotel Guangzhou Southern Airlines Pearl Business Hotel..Masyaallah kompem salah tempat sebab sekarang kami berada di Guangzhou Railway Station, bukannya Guangzhou East Railway Station..Mujurnya aku perasan nama hotel tu memandangkan semasa membuat carian hotel, aku pernah survey hotel berkenaan..

Mujur masih ada teksi di situ jadi tanpa fikir panjang, terus tunjukkan alamat hotel kami pada teksi dan mereka bersetuju bawa kami ke sana.memandangkan kami lapan orang maka kami menggunakan dua buah teksi..Alhamdulillah akhirnya sampai juga kami ke apartment yang kami tempah selepas perjalanan kira-kira 15 minit iaitu Lilac International Suites Guangzhou. Kami ambil apartment tiga bilik dengan harga sekitar  RM 978.20 untuk berada 3 malam di situ.Harga yang sangat berbaloi dan apartment yang cukup selesa bagi kami.Semua hotel yang kami tempah semasa berada di Guangzhou, Hong Kong dan Shenzen adalah menggunakan khidmat Agoda.Com.
Lilac International Suites Guangzhou (imej dari google)

Sampai hotel, dah penat sangat terus zzzz aje semua.Gambar hotel tak pasti ada ke tidak dalam simpanan..kalu jumpa insyaallah akan di tepek di sini semula..so esok perjalanan akan bersambung lagi...:D 
             
Ini info yang aku dapat dari pembacaan:
(*****Distance between baiyun international airport and guangzhou east railway station is 41.77 Km. Travel time from baiyun international airport and guangzhou east railway station is 41 Minutes.
Price between RMB126-RMB151******
Others info: Bus Line 6C will stop area Teemall and Grandview Plaza. Timetable is 00:30am, 1:00am, 1:30 am, 2:00am, the last bus is after 2am, after that you take the taxi to our hotel, cost may around RMB20